Tuesday, 15 August 2017

Sarapan di All Day Dining Restaurant, Straits Hotel & Suites Restaurant

Salam,
Holla. Dengan semangat yang membara untuk menulis.. ni nak sambung lagi percutian Part 3 di The Straits Hotel & Suites Melaka. Selama aku hidup dan bernafas di bumi ini adalah sangat jarang manusia yang bernama Nova Leeza ni tak makan pagi. Hasil didikan mak abah aku, memang aku akan makan cukup masa. Cukup masa je makan, makan je cukup masa.. hehe Sarapan adalah sangat penting bagi aku kerana dikala aku membuka kedua biji mata ini perut aku akan berbunyi seperti ada pesta keroncong yang sedang berlangsung.  Kalau tak makan.. habisla! Sepanjang pagi akan lemau je. Disebabkan aku ni makan on time, secara tak langsung husband aku pun kena ikut jugakla. haha kalau tak ikut kang aku merajuk. Kalau ikutkan husband aku sebelum kahwin, dia memang jenis langgar je waktu makan. Kadang-kadang tu tidur sampai skip waktu makan. Erm.. camtu la. Bila kawin ni kena pandai-pandailah sesuaikan diri dengan pasangan masing-masing kan demi keharmonian rumah tangga ye tak? hehehehehe thank you husband sebab lepas kahwin je.. u dah pandai makan on time. Yey! Muah cikit.

Yey makan!

Monday, 14 August 2017

Review: Syahirah Korean Secrets, Cantik Persis Korea

Salam,
Holla, Siapa tak nak cantik? Semua orang suka benda cantik, semua orang kalau boleh nak jadi cantik. Ye kan? Tapi cantik tu tak datang bergolek. Setiap benda kena ada usaha. Kalau nak cantik, kena ada usaha. Memandangkan sekarang ni trend gadis-gadis Malaysia meminati penyanyi mahupun pelakon korea, maka banyak pengaruh Korea di bawa masuk ke sini. Kalau ikutkan memang comel-comel penyanyi perempuan mahupun lelaki Korea ni. Kulit cantik, makeup simple, baju comel, suara comel. hehehe memang sejuk je mata memandang. ehh.. hahaha ai ni lagu Korea tak pandai sangat tapi kalau drama Korea tu layan jugaklah. So, kalau korang nak cantik macam orang Korea, tak payah pergi jauh-jauh... kat Malaysia dah ada rahsia produk penjagaan wajah iaitu SYAHIRAH KOREAN SECRETS. Terdapat 2 rangkaian produk di bawah Syahirah Korean Secrets iaitu Hydra Soft dan White Glow, kedua-duanya pasti membuatkan korang persis gadis Korea!  

Wednesday, 2 August 2017

Kompilasi Nova Leeza Beraya Tahun 2017 | Nah tengokla!

Salam,
Holla.. raya dah habis dah.. tak upload pun lagi compilation gambar raya aku yang syok sendiri tu. hahaha nak ke tengok? tengokla.. Setiap tahun memang aku akan simpan gambar kat blog. Aku ni jenis malas nak tengok balik gambar dalam drive ke laptop ke kan. Paling senang nak cari gambar raya, taip je kat search tepi blog aku ni. Ha.. senang kan. Tulah salah satu sebab aku suka blog ni. Tahun ni, turn raya rumah mak mertua aku kat KL. Senang sangat 15 minit dah sampai. Takda jam langsung.. kah kah.. Untungla kawin dengan orang Key El kan.. Tema tahun ni purple.. Actually.. baju aku, husband dengan eiman sama.. baju adik je pelik sikit purple dia. Sebabnya.. baju adik ni di sponsor oleh kakak aku.. so dia hantar gambar baju adik ni guna phone kan. Tah napala.. aku nampak warna baju adik warna purple pink.. so kitorang carila baju yang macam warna baju adik (yang aku rasa sama dalam gambar phone)... Seminggu nak raya baru la kakak aku bagi dan aku mampu frust je sebab warna dia lain sebenarnya. ahahahaha takkan nak beli set purple lain pulak.. ahh pakai jela.. janji purple jugak.. 😓

Eiman dah 4 tahun umur dia. tengokla perangai dia.. Dia rasa macam tu kelakar.. so dia posing sambil ketawa. ahh. sukatila ko eiman..