Saturday, 15 July 2017

SAFI SHAYLA Syampu Wanita Bertudung

Salam,
Holla semua. Penjagaan rambut bagi wanita bertudung bukanlah sesuatu yang mudah. Masalah kelemumur, kegatalan kulit kepala, rambut berbau, rambut gugur merupakan masalah terbesar bagi Nova. Bayangkanlah dengan adanya baby kecik ni, semakin sukarlah Nova nak fokus pada penjagaan diri terutamanya kepada rambut. Nak pergi saloon.. krikk krikk erm dah lama sangat tak jejak kaki ke sana. So, Nova perlukan penyelesaian yang mudah dan cepat. Khas buat wanita bertudung, Nova temui SAFI Shayla sebagai penyelamat kepada semua masalah ini. Oh ya.. syampu SAFI Shayla ni ada Habbatus Sauda tau!!!! So, tiada stress.. hanya dengan SAFI Shayla! 💚💛💚 


SAFI Shayla rangkaian jenama syampu khas wanita bertudung telah dilancarkan pada Oktober 2013. Dengan 8 varian diformulasikan dengan Habbatus Sauda yang mempunyai 1001 kebaikan, SAFI Shayla dapat menyelesaikan apa jua masalah rambut yang dialami oleh wanita bertudung. weee!


Syampu kegemaran Nova ni, memang sentiasa je ada di bilik air. Nova memang sangat sukakan baunya yang harum. Dengan beberapa picitan di tangan sudah cukup untuk membasuh rambut Nova yang sederhana panjang ni. Selepas membasuh rambut, terasa segar betul kulit kepala ni. Nova akan pastikan rambut kering dulu sebelum Nova mengenakan tudung semula. Kalau tak, berbau asham nanti tau dalam serkup kepala tu. 

Diantara produk SAFI Shayla adalah.... 

Maklumat lanjut dan pautan di sini : 

So, yang ada pada Nova ni.. adalah yang terbaru iaitu Hitam Menawan dan Kawalan Rambut Rosak. Nova akan pakai bergilir-gilir, yang pastinya.. Nova suka yang Hitam Menawan ni. Pergh... lawa rambut ai babe! Ku libas-libas rambut ni ke muka husband. hahaha



Korang boleh dapatkan SAFI Shayla dalam bentuk fleksi. Dengan keadaan ekonomi yang mencabar, korang boleh dapakan produk yang lebih murah dan menjimatkan, pada masa yang sama memberikan nilai dan kualiti yang tinggi tau!

“Dengan SAFI Shayla Pek Fleksi, pengguna boleh mengguna terus, atau digunakan sebagai pek isian semula, ataupun sebagai pek kembara. Kami mengekalkan kualiti syampu agar keberkesanannya boleh dinikmati pada harga yang lebih jimat.” Jelas Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Pemasaran SAFI. 


Ni yang baru tu, Kawalan Rambut Rosak 💗💜 Awesome!

My Favourite Hitam Menawan 💓💛 Superb!

Selepas mencuci pastikan anda memakai Perapi rambut tau! Oh ya, tips untuk pakai perapi ni adalah, kena letak pada hujung rambut je, jangan letak perapi pada kulit kepala.. Ingat tau!!

Suka!!!!!! 💖💖💖

Ok... ai nak pergi cuci rambut. Hujung minggu ni kan.. elokla kita mencuri sedikit masa untuk merapikan diri. hehehe

Kalau nak tahu, SAFI Shayla telah memenangi beberapa anugerah seperti Marketing Excellence Awards 2015 dan Effie Awards 2016 di mana SAFI Shayla telah merangkul 3 emas dan 1 perak bagi ke dua-dua anugerah tersebut. Ini membuktikan bahawa pengguna-pengguna SAFI Shayla mempercayai bahawa rangkaian syampu ini mampu memberi solusi kepada masalah rambut seperti rambut gugur dan gatal kulit kepala yang dihadapi oleh wanita bertudung. Pengguna-pengguna setia SAFI Shayla juga mengatakan bahawa #HanyaSAFIShaylaUntukSaya 


Ingin ketahui apakah pandangan pengguna terhadap syampu untuk wanita berhijab? Layari saluran YouTube SAFI di https://www.youtube.com/watch?v=PHoGu4vxMws dan untuk maklumat  lanjut mengenai jenama SAFI. 

Facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY
Laman Instagram SAFI@safimalaysia
Laman web SAFI www.safi.com.my


Ingat tau! #HanyaSAFIShaylaUntukSaya 

Sekian. Selamat Mencuba!