Friday, 14 July 2017

Infinity Pool The Straits Hotel & Suites Melaka

Salam,
Holla.. Pertama kali dalam sejarah hidup Nova diberikan peluang untuk terjun ke dalam pool yang berada di tingkat paling atas, menghadap laut Melaka. Awesome Giler! Tak pernah tahu pun selama ni dekat Melaka ada hotel yang ada Infinity Pool menghadap laut. Yang Nova pernah pergi dekat Port Dickson tu la kan... Paling seronok sekali adalah si Eiman. 3 hari 2 malam kami di sana, tiap-tiap hari pergi pool. Tak pernah jemu pun sebabnya perasaan semasa berada di sana adalah sangat tenang dengan pemandangan yang sangat lawa! Nak tengok keseronokan eiman bermain air? Jom..


Hotel ni terletak betul-betul di tengah bandar Melaka. Memang senang nak ke mana-mana. Nak cari makan pun senang. The Straits Hotel & Suites, Melaka ini adalah hotel 4 bintang. Diantara lokasi menarik sekitar hotel dan bandar Melaka yang boleh dilawati adalah : 

Dataran Pahlawan – 350m berjalan kaki
Makota Parade – 600m berjalan kaki
A’Famosa – 850m berjalan kaki
St. Paul Church – 1km berjalan kaki
The Stadthuys – 1.3km berjalan kaki
Jonker’s Street – 1.6 berjalan kaki

Kat hotel ni terdapat 352 suite yang luas dan mewah, ditambah dengan dapur kering dengan reka bentuk kontemporari mengikut gaya hidup moden. Kalau nak tengok bilik-bilik yang ada di hotel ni korang boleh usha entry Nova sebelum ni.. di sini : Hotel di Melaka, The Straits Hotel & Suites Memang Awesome

Tanpa membuang masa jom layan gambar swimming pool sekali dengan pemandangannya yang mengasyikkan..

Adik pun menjerit-jerit nak turun pool jugak. Mana taknya Eiman bergelak ketawa dalam air jerit-jerit, mestilah adik dia nak join kan. Aish. Actually baju mandi adik tak bawa pun.

Tengok si eiman tu. Dia naik kat hujung sini, berlari ke hujung sana nak turun pool belah sana. Saborjela aku ni tengok dia berlari.. terjerit2 la aku.. "Eiman!!! Dont run!! Walk eiman! Walk!"

erm.. 😃 Suka sangatla tu

Splash the water katanya


Eiman tak pandai berenang lagi. Dia mandi pakai pelampung lagi. Tapi kaki dia dah kuat nampaknya nak kayuh dari hujung ke hujung.. hehe Bolehla hantar kelas renang lepas ni.

Peace ✌

haaa.. kayuh eiman.. kayuh..

eiii budak sejemput ni

Lawa kan.. pemandangan dari tingkat paling atas



Gambar yang kat atas-atas tu kalau nampak 360 darjah tu pakai GoPro. Yang biasa ni pakai camera phone aku je.. hehe

Aku ni kalau pergi hotel ke mana-mana yang ada pool ni.. memang kosa sangatlah aku nak masuk. Malas la nak basah-basah. Aku memang kuis-kuis kaki je dekat pool.. Tapi, ni aku pecah rekod. Hari terakhir kat sini aku terjun juga dalam pool ni. Rasa rugi sangatlah kalau tak merasa. Actually aku nak bergambar je hahaha.. Skill terapung dan berenang aku memang dah out sangat.. level of confident memang kelaut.. Masa mula-mula husband aku ajar, berani jugakla. erm.. biorlah. Tak pandai berenang pun takperla.. kurang-kurangnya aku ada skill tenggelam.. bahahaha


Ok motip utama, nak ambik gambar dalam air. haha


dan yang ni aku paksa eiman masukkan kepala dalam air. Penakut sangat nak masukkan kepala dalam air.  

Petang tu kitorang checkout. So aku paksa laki aku naik balik ke Infinity Pool ni untuk tangkap gambar aku. haha.. 

Berchukurlah! Dapat merasa mandi pool yang best ni. 

So bagi yang teruja dan terpegun nak mandi Infinity Pool di The Straits Hotel & Suites Melaka, bolehlah rujuk pada laman di bawah ini ye. Harga jangan risau memang tip top dan affordable ya. Bukan ai je cakap, kawan-kawan ai pun cakap harga dia berpatutan.


Alamat : 
The Straits Hotel & Suites
A:No 1-B , Jalan Melaka Raya 2, 
Taman Melaka Raya, 75000, 
Melaka Malaysia. (boleh Waze je k).
Telefon : 06-2898 555

Ok thank you for reading guys! See ya on my next entry ya!

Next entry aku akan cerita pasal Breakfast di All Day Dining Restaurant dan Dinner di Infinity Swimming Pool. Stay tune ok!

Entry Pertama : Hotel di Melaka, The Straits Hotel & Suites Memang Awesome