Friday, 30 June 2017

Jeti Nelayan dan Barbecue Night di Adni Suite Homestay Seri Manjung (Part 3)

Salam,
Holla semua. Raya camana? Amboii cuti lama kan kome.. hehe Raya tu raya jugak, kesihatan jangan dulupakan. minum air banyak ye dan kawal sikit pemakanan tu ye. Dah masuk raya keenam dah kita. jadi Nova pun nak update-lah satu entry masa kami bercuti ke Lumut, Perak. Kami menginap di Adni Suite Homestay, Seri Manjung, Perak dan kalau korang nak tengok homestay ni korang boleh search ye tajuk blog ai kat bawah ni guna search box belah kanan ni

Homestay Lumut, Pulau Pangkor | Adni Suite Homestay Seri Manjung
Bercuti ke Lumut Part 2 | Kopee Paste Cafe

Masuk hari kedua kami di homestay ni, pagi-pagi lagi kami dah ke kawasan jeti nelayan. Dekat je dari homestay, dalam 5 minit naik kereta. Kami sampai lebih kurang pukul 8.30 pagi. Kami bersarapan dulu di kedai makan di kawasan jeti nelayan. Sedap jugak breakfast kat sini. Mak paling suka makan kuih cucur badak siap tapau lagi. Harga pun very the reasonable compared harga makanan dekat KL. hihi. Lepas breakfast kami tapau makanan untuk orang lain kat rumah yang masih enak di buai mimpi. Tak jauh kan... 5 minit je. Dalam pukul 9.30 kami turun balik ke jeti nelayan mencari ikan. Lawanya kawasan ni. Rasa macam duduk kat kampung sangat. Ai is very the teruja masa ni. Dia jual ikan segar-segar je weh... paling lama pun ikan semalam.. bukan ikan sejuk beku seminggu. Isinya memang fresh lagi. 

Di awal pagi daku bergambar di kawasan jeti nelayan betemankan pokok nan hijo. Muka fresh takda makeup.
Kami makan dekat kedai makan ni... Air Teh tarik dia sedap. Mak suka cucur badak.

Mak yang keseronokan bergambar di Jeti

Fatimah pun ikut sama. Budak kecik ni memang bangun awal. Kalau nak beli cepat orang boleh tengok dekat kedai ni.. ada ikan, sotong, udang.. macam-macamla.

Ketam pun ada. Kalau nak masak lemak cili api ketam pun boleh. Baang dapur pun boleh beli tak jauh dari homestay ni.

Kerang dia besar-besar.. manis dan memang puas hati makan lah! Tak nak makan kerang, makanla kupang.. kepah.. ehh apa nama dia tah.. mentarang.. hahaha

Nak car ikan fresh kena bersabar dan kena pandai cari. Kitorang pergi kedai cina area depan tu, ada beberapa ekor ikan fresh diorang dapat hasil tangkapan malam tadi. Ikan besar ni dah ada pembeli. Katanya nak masak kari dan hantar kat masjid untuk sedekah sempena kedatangan bulan Ramadhan.


Ikan pari ni kotorang yang punya! Hahahaha memang teringin sangat nak makan ikan pari segar. Gila besar baq hang!

Pastu aku ambik ikan kerapu ni dua ketoi. Memang favourite aku ikan kerapu. Rasa isi kerapu ni manis. sedap dap dap dap!

Besarnya kau ni ikan! Masuk jari aku memang selamat lah hilang satu hehe.

Ha.. tu dia. Ikan pari kitorang dah kena siang. Macam tu rupanya potong ikan pari. Susah juga ye. Aku tahu beli kat Giant ke Tesco ke yang dah siap potong. hehe Kami beli sebelah ikan pari ni lebih kurang RM 120 camtu. Tak termasuk ikan kerapu dan kerang.

Fatimah pun rilek je tunggu ikan ni. Dahla tak mandi lagi. Aku bawak je budak kecik ni.

Selesai beli ikan, kitorang singgah kedai depan seberang jalan beli bahan-bahan nak bakar. Arang tu kami dah minta tolong tuan rumah belikan siap-siap. Perap la dulu ikan, ayam semua mak nenek tu simpan dalam peti ais.. pastu siap2 pergi jalan ke Pulau Pangkor. Malam karang lepas mandi semua kami akan berbbq la. Mahgrib tu kami mula hidupkan api. Tak profesional memang lambat sikitla kan hidupkan api. hehe..

Dalam pukul 8 malam camtu kitorang mula membakar. huhuhuhu... tak sabar nak makan ni.

Ikan kerapu, ikan pari.. tengok isi dia.. fresh kan? Besar pulak tu.. bukan ikan pari kecik.. memang puas hati makan.

Ni kakak aku, makngah dan pakngah aku panggang ikan.

Ayam kitorang beli kat area homestay ni. Ada jual ayam segar.



Ha... tengokla isi ikan pari ni.. huh!!! kecur air liuq akak.

Jom makan puas-puas.. Tuan rumah dah sediakan meja dan perlatan memasak bbq siap-siap. Best kan?

Inilah hasil bbq kami. Jemput tengok yuk!!! hahahahaha bukan korang je kecur air liuq weh.. aku pun tengah menulis ni keluar air liur...tap tap tap meleleh

Makan dah tak pandang kiri kanan dah..

Sepanjang percutian ni, mak sayalah paling gembira. Mak.. apalah yang saya boleh buat untuk balas jasa mak membesarkan saya.. beri saya pendidikan.. beri saya kasih sayang. Buat mak gembira dalam meniti usia tua ni adalah salah satu impian saya, mak. Mak suka.. saya pun suka. Sayanggg mak. Terima kasih Adni Suite Homestay Seri Manjung. Mak saya dah gembira.. mak korang bila lagi? hehehe

Sayang mak ketat-ketat.

Ni dia pautan untuk korang hubungi tuan rumah yang awesome ni:


No. Telefon/Whatsap : 013-288 7370 / 013-2016 367


PAKEJ PENGINAPAN YANG KABABOOM

Pakej Syarikat / Kontraktor :
Isnin-Jumaat : RM160 (1 Malam) 
Isnin-Jumaat : RM150 (3 Malam)
* minimum 3 malam
*Hubungi pihak pengurusan Adni Suite Homestay untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Pakej Promosi :
Isnin-Jumaat : RM180 (1 Malam)
Sabtu-Ahad termasuk cuti sekolah dan cuti umum :  RM230 (1 Malam) / RM400 (2 Malam)

Sekian. Thank you for reading guys!

akan bersambung Part 4....Pulau Pangkor aku datang!