Tuesday, 13 June 2017

Bercuti ke Lumut Part 2 | Kopee Paste Cafe

Salam,
Holla. Seperti yang telah dijanjikan..ini adalah sambungan kisah Nova sekeluarga bercuti ke Lumut dan menginap di Adni Suite Homestay Seri Manjung. Tuan rumah homestay Adni Suite Homestay Seri Manjung, dengan baik hati tolong pikir dan bagi cadangan mana tempat makan yang hipster dan best. Salah satu cadangan beliau adalah di Cafe Kopee Paste. Jarak dari Adni Suite Homestay Seri Manjung ke restoran ini lebih kurang 20 minit sahaja. Dah rehat-rehat petang tadi kan, badan pun dah segar balik, perut pula dah lapar.. so apa tunggu lagi? jom kita ke Cafe Kopee Paste. Nak tengok hipster ke tak hipster. 


Kami sampai sekitar jam 8.45 malam, masa kami sampai ni tak ramai lagi orang, so senang kami nak cop meja panjang. Sebenarnya, malam ni kami bukan nak makan malam je.. jeng jeng jeng.. ada agenda tersembunyi Nova dengan kakak-kakak. hua hua hua.. kejutan ni khas buat mak. Mak memang tak tau langsung kitorang nak Celebrate Birthday mak sekali dengan Hari Ibu malam tu. Tapi sebelum citer panjang jom kita tengok cafe ni dulu. 

Cafe Hipster Kopee Paste Seri Manjung

ha.. ramai tak kitorang

Rombongan cik mah kali ni ramai.. tapi.. walaupun begitu.. kami semua selesa tau menginap di Adni Suite Homestay Seri Manjung.

Master Mind

Untungnya lah badan hai... malam tu, ada pulak band buat konsert hihi terhibur kami.

Master mind tengah memilih kek untuk celebrate birthday mak

Nah.. macam-macam pilihan kek ada. Yang bagusnya, Kopee Paste Cafe ni siap boleh deko kek yang kita pilih tu atas pinggan tau. Memang awesome sangatlah depa ni. 

Rancangan kejutan ni masih dirahsiakan.. kami makan makanan yang kami order dulu. Last baru kita nyanyi2 ok. Jom usha makanan yang ada di sini.

Nyam-nyam... dahaga pulak rasanya.. Jap nak gi ambik air minum jap.. arghhh

ok next.. teh 3 layer.. hihi

Yang ni nasi goreng ayam kalau tak silap

aahhh... yang nampak sedap lazat ni ai punya. I teringin nak makan meatball. Nyam nyam.. jap lapar pulak.. nak gi ambik makanan jap.hahaha

Bubur for si kenit

Selepas makan dan kekenyangan, kakak aku si master mind pun kenyit2 kat staff cafe ni suh bawak keluar kek. Dahla tu bawak keluar beramai-ramai .. meriah giler diiringi band lagi tau! OMG sangat! Memang surprise hasbislah! Mak ai siap bergenang air matanya punya terkejut..


Ha.. kecik dah mata mak. Seronok campur terkejut. hihi

kepit mak. Sayang mak sampai bila2. We love you mak! Terima kasih sebab lahirkan kami yang banyak mulut, degil and tak dengar cakap ni. hahahahaha

Family photo yey!

Nah.. wajib kena ambik gambar kat wall lawa dia. Acaner pose ai? hahaha

Nah video kemeriahan sambutan birthday mak.

Kesimpulannya, kitorang memang syok habislah dapat bercuti di Lumut ni. Semuanya nampak teratur dan penuh dengan aktivti. Ucapan terima kasih pada tuan rumah Adni Suite Homestay Seri Manjung kerana membantu kami dengan bagi cadangan makan malam di sini. Semuanya berjalan dengan lancar malah lebih dari apa yang kami bayangkan.

So, kalau korang nak lari dari kesibukan kota dan berehat-rehat bersama keluarga tercinta.. apa kata korang usha Adni Suite Homestay Seri Manjung. Memang selesa dan harga sangat-sangat berpatutan. Korang kena stay tune dengan Part seterusnya sebab malam esoknya kami ada Barbeque dan kitorang beli ikan kat tempat nelayan turun. Awesome gila tempat ni...

Part 1, which is sebelum ni, ai dah tunjukkan segala ceruk peruk Adni Suite Homestay Seri Manjung ni. Korang pergi usha ye tajuk blog ai kat bawah ni guna search box belah kanan ni.

Homestay Lumut, Pulau Pangkor | Adni Suite Homestay Seri Manjung
Bercuti ke Lumut Part 2 | Kopee Paste Cafe
Jeti Nelayan dan Barbecue Night di Adni Suite Homestay Seri Manjung (Part 3)

So.. korang-korang semua.. mak ai dah gembira! Mak u bila lagi? muahahahahaha

Ni dia pautan untuk korang hubungi tuan rumah:


No. Telefon/Whatsap : 013-288 7370 / 013-2016 367


PAKEJ PENGINAPAN YANG KABABOOM

Pakej Syarikat / Kontraktor :
Isnin-Jumaat : RM160 (1 Malam) 
Isnin-Jumaat : RM150 (3 Malam)
* minimum 3 malam
*Hubungi pihak pengurusan Adni Suite Homestay untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Pakej Promosi :
Isnin-Jumaat : RM180 (1 Malam)
Sabtu-Ahad termasuk cuti sekolah dan cuti umum :  RM230 (1 Malam) / RM400 (2 Malam)

Sekian. Thank you for reading guys!

akan bersambung Part 3............................................