Wednesday, 17 May 2017

Homestay Lumut, Pulau Pangkor | Adni Suite Homestay Seri Manjung

Salam, 
Holla semua. Alhamdulillah dah masuk puasa minggu kedua dah ni. Macam mana ok ke? hehe So, harini Nova nak berkongsi pengalaman gumbira semasa menginap di Adni Suite Homestay Seri Manjung. Tak sabar nak citer kat korang semua apa aktiviti Nova semasa bercuti di sana dan juga Nova akan share gambar-gambar yang best-best..Ai akan buat 2-3 part la ye so tengokla nanti best ke tak best k. Berbalik kepada tajuk utama kita, destinasi pilihan Nova kali ini adalah di Lumut dan Pulau Pangkor, Perak. Negeri kelahiranku..cewah. Siapa IC 08 sep sikit! Siapa yang tak tahu kan, diantara lokasi menarik di Perak adalah Lumut, Teluk Batik, Marina Island dan Pulau Pangkor...

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke  Adni Suite Homestay Seri Manjung, memakan masa lebih kurang 3 jam 30 minit termasuk singgah tandas sebab eiman nak berak. lol tengah jalan nak berak. adoooi. Nova pakai Google Map je, senang je pun. Tuan rumah dah siap-siap register di Google Map. Homestay ni terletak di Seri Manjung. Kalau nak ke Lumut atau Marina Island, jarak perjalanan lebih kurang 20 minit sahaja. Memandangkan kami sampai ke Seri Manjung tengah hari Jumaat, perut pun dah lapar, kami singgah makan di D'Teratak Desa dulu. Dari D'Teratak Desa cuma lebih kurang 10 minit sahaja ke homestay.

Yey dah sampai D'Teratak Desa.. ai is so so lapar, so ai is pergi ambik makanan dulu. muahaha Adik duk diam-diam dengan daddy ye.

Ha.. tengok, macam-macam ada, ulam je dah 7 ke 8 jenis, sambal pun ada 5 bekas.. dengan petai jeruk lagi. huh... sedapnya alahai!

Tapi dalam banyak-banyak lauk kat sini, yang wajib kena cuba adalah Kambing Kawah ni.. slurpp!!

Amacam? ada mari ka takda mari? 

Selesai mengisi tangki perut, dengan gembiranya kami teruskan perjalanan menuju ke Adni Suite Homestay Seri Manjung! Yey! Tak sabar kami sekeluarga nak bergelimpangan di atas katil yang empuk itu.. jom Nova bawak korang tengok homestay ni. Sabar.. ye tahu, jangan gelojoh, bulan puasa.. hahahaha

Ha... ini dia ruang tamunya. Besar dan selesa, kalau tak sempat nak bergelimpangan di dalam bilik, silakanlah bergelimpangan di sini ye.. muahaha

Kalau bawak anak kecik, boleh tengok cerita kartun kat tv. Tuan rumah dengan baik hati telah siap save cerita kartun best2.

Bukan sahaja bersih, malah Adni Suite Homestay ni selesa sangat. Redup je mata memandang. Warna dinding yang dipilih adalah warna-warna pastel ditambah pula dengan lukisan abstrak di dinding-dinding setiap biliknya. Gambar di bawah ini adalah lukisan abstrak di dinding ruang tamu.


Ha, dengar cerita, tuan rumah ni deko sendiri tau rak di dinding ni, isk isk isk kreatif sungguhlah tuan rumah ni ye.

Ha.. nampak menarik dan simple. Ha! ini pun tuan rumah deko sendiri. Kalau camni bolehlah sekali minta tuan rumah kontrak deko rumah ai bila dah siap nanti. hehehe

Nice words!

haa... yang cakap nak bergelimpangan tu.. bolehla teruskan niat di katil bilik utama ni ye. Oh lupa nak bagitahu, rumah ni ada 4 bilik tau. Ha.. berapa orang boleh muat tu kan.. kalau yang nak bercuti dengan family tu helok sangatlah dah ni.


Bilik Utama.. amacam? Nice tak?

Besar hokeyyy! Kalau tak cukup katil tu, boleh bentang toto dan bergelimpanganlah mike dengan anak beranak mike.

Yup.. ai memang suka lukisan dinding. Memang minat seni sejak kecik. Namun apakan daya.. Tuhan lebih mengetahui apa yang lebih baik untukku. ececece.

Ni bilik ayornyer. Mandila mike pueh2.. hahaha

Next! Bilik kedua. Ni my sister dengan anaknya cop dulu. eh eh kan boleh main cop cop pulak. Siapa lambat.. dudukla bilik lain ye. hahaha Konsep bantal kucing tu cute sangat. Bergaduh budak2 ni nak peluk bantal kucing ni. ehh bukan budak je, mak budak pun sama naik. isk isk isk. oh lupa nak cakap, semua bilik dilengkapi dengan penyaman udara ye. Ruang tamu pun ada air cond. Selesalah nanti anda di sini ye.


ha.. olololo.. cutenya kucing tu... helok je dia pandang ke atas.. ahh jangan jangan, juling nanti meow.

Lovelihh!!

Next, bilik ketiga. Bilik mak sayang dengan kakak. "Lawanya! Selesa!" kata mak ai. haa.. mak saya dah suka, mak anda bila lagi? chia chia chia

Last but not least, ni biliki No.4. Pakngah dengan makngah ai datang memeriahkan percutian, so diorang paling last duduk bilik ni. hehe camna konsep dia? Siapa cepat dia dapat lah kan.

Kalau yang masa bercuti pun kena kerja, helok sangatlah. Ni tuan rumah dah sediakan meja kerja dengan kerusi pusing2. Ha.. apa lagi? Sambil bercuti pun boleh buat kerja!

Kretip kan. 10/10 ai bagi markah untuk kreativiti.

Ni dapurnya. Ada meja makan, ada dry kitchen. Bukan itu sahaja, dalam masa terdekat ni.. wet kitchen pun akan siap. Kalau nak masak2 semua boleh. Peralatan pun cukup. Malam sabtu esoknya, kami siap barbeque lagi. Ikan, kerang, semua fresh-fresh beli kat tempat nelayan turun ikan. Huh!! Cayalah! Memang satu pengalaman yang best dalam hidup ni tau!

 
Pinggan, cawan, bekas air, sudu, garfu.. semua ada.

Ha, itu baru je intronya. Belum keluar lagi bunganya. hahahaha. So kesimpulannya, duduk rumah ni memang selesa. Ke lumut pun tak jauh, ke tempat nelayan beli ikan fresh pun sejengkal, tempat beli ayam, beli barang dapur.. semua dekat. Mudah! Dengan anak aku berdua yang kecik lagi ni memang nak yang dekat2, senang dan mudah2 je.

Nova menginap selama 3 hari 2 malam di sini. So, malam tu kami ke restoran yang bernama Kopee Paste sambut birthday mak sekali dengan hari ibu. Menangis mak ai tau terkejut dan terharu dapat surprise nyanyi2. Yang tu Nova akan cerita Part 2. Dari Adni Suite Homestay Seri Manjung ke Kopee Paste lebih kurang 15 ke 20 minit je. Part 2 juga Nova akan cerita pasal kedai makan best, berseronok-ronok dua ronok tiga ronok di mana.. korang kena stay tune la ye. Dalam minggu ni juga Nova akan up! Part 2 k. Pastu.. Nova akan tunjukkan juga port nelayan berlabuh dan ikan-ikan yang kami barbeque kan..

Oh cerita pasal barbeque tu, tuan rumah dah sediakan set barbeque tau. Memang lenggang kangkung mak jemah je. Takyah susah2 nak pikir. Beli je ikan. Malam kang bakor!

So... itulah dia Part 1 - Adni Suite Homestay Seri Manjung yang awesome! Korang boleh tengok Part yang lain guna tajuk di bawah ni sila search guna serch box belah kanan ni ye:

Homestay Lumut, Pulau Pangkor | Adni Suite Homestay Seri Manjung
Bercuti ke Lumut Part 2 | Kopee Paste Cafe
Jeti Nelayan dan Barbecue Night di Adni Suite Homestay Seri Manjung (Part 3)

Terima kasih pada tuan rumah yang baik hati dan tak jemu melayan kerenah kami yang banyak tanya. So.. korang-korang semua.. mak ai dah gembira! Mak u bila lagi? muahahahahaha

Ni dia pautan untuk korang anda hubungi tuan rumah:


No. Telefon/Whatsap : 013-288 7370 / 013-2016 367


PAKEJ PENGINAPAN YANG KABABOOM

Pakej Syarikat / Kontraktor :
Isnin-Jumaat : RM160 (1 Malam) 
Isnin-Jumaat : RM150 (3 Malam)
* minimum 3 malam
*Hubungi pihak pengurusan Adni Suite Homestay untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Pakej Promosi :
Isnin-Jumaat : RM180 (1 Malam)
Sabtu-Ahad termasuk cuti sekolah dan cuti umum :  RM230 (1 Malam) / RM400 (2 Malam)


Sekian. Thank you for reading guys!

akan bersambung............................................