Friday, 31 January 2014

Bercuti ke Tokyo Jepun Part 4

Salam,
Holla..harini aku akan sambung ceritaku semasa bercuti di Tokyo Japan Part 4. Hari ke 4 kami telah bersepakat untuk pergi ke Akihabara iaitu Gadget Town/Bandar Elektronik yang sangat terkenal khususnya bagi gamers, gundam collector, tamiya cars, anime dan sebagainya. Bertolak menaiki subway dari Nishimagome menuju ke Akihabara Station.

Kami menggunakan JR Line
Sampainya kami di sana, rasa terpinga-pinga sekejap. Bandarnya sangatlah besar dan terlalu banyak sangat bangunan.. bukan sahaja syurga permainan.. tapi di situ juga merupakan bandar BEBAS CUKAI/DUTY FREE. Kalau nak beli dengan harga duty free kenalah tunjukkan Passport kita. 

Ha... tengokla The biggest Duty Free shop tue!!

Boleh dikatakan banyak jugak bangunan-bangunan kedai Duty Free ni yang kami singgah. Aku tak dapat nak komen sangat berkenaan hal barang-barang permainan ni, sebabnya aku tak tahu pun harga kat Malaysia berapa. Husben aku la yang cakap, murah dan banyak jugak pilihan. Tapi last2 kami tak berapa nak shopping sangat di sini. Cuma banyak menikmati window shopping je.

Jom tengok bandar ni ... 

Barangan permainan dewasa pun di jual secara terang-terangan di sini.. wah.. wah... 

Masa ni teringat kat Donut Big Apple di Malaysia.. lapaa......

Duty free LAOX pun kami panjat.. sempat jugak rembat fridge magnet dan sourvenir skit2..

Mengikut survey aku di blog-blog lain, di Akihabara terdapat beberapa Restoran Halal. Sehingga hari ke 4 kami tak pernah makan di luar lagi. Hari ni kami nekad nak cari jugak.. so on kan la internet.. tapi berhati2 kena pilih roaming network yang betul. Kalau salah pilih memang mahal sangat bil nya.



Yang ni adalah Restoran yang berkonsepkan maid dream.. haa, pekerjanya semua berpakaian maid dan comel2 belaka.. agak2 yang lelaki tu kalau pergi sendiri goyah tak iman nya? haha.. 


Misi mencari makanan setelah penat berjalan

Oh.. Eiman masa ni letih agaknya, tido je.. senang betul

Dalam perjalanan kami di Akihabara, kami telah terserempak dengan ramai group-group dari Malaysia, ada yang pergi dengan University Trip, ada yang bercuti dengan family, ada yang pergi dengan kawan.. rasa Happy la jugak..

Tadaaaa!! akhirnya kami berjumpa juga dengan kedai Pakistan ni. Erm... rasa cam kebuluran je. Nak itu nak ini.. semua nak la.. adoii!!! Lapanya ooiii...

Siap ada logo halal kat luar tu.Nampak tak?

Kalau nak tahu.. harga makanan kat sini average dalam RM 15 ringgit iaitu 500 yen. bolehla... mahal memang mahal... tapi makan punya pasal.. kita bedal jela.


Tadaaaa! Inilah makanan yang kami order... Nasi Beriyani, pastu ada daging ni mcm hotdog ni.. tapi dia ada rasa rempah2 skit. Tak ingat dah namanya.. 



Nyam nyam... sedapnya air ni... ChaiTea.. haha teh susu, susu dia susu kambing. Mbekkkkk

Sebelum menunggu makanan sampai kita bergambo la dulu.. hihi
Aku dengan kakak dan Eiman yang baru bangun tido

Ni mak saya ni... mak saya pun lapar walaupun dia cakap dia tak lapa.. tapi saya tahu dia lapa..

Ni husben aku dengan adiknya sambil mendukung Eiman

Ok.. selesailah kisah di Akihabara.. Nest destination adalah di Ginza City... Wowow...

Kalau nak tahu Ginza City pulak adalah Bandar Kelas Atasan.. di sini barangan berjenama yang tip top meletop tu ada banyak.. seperti Dior, Gucci, LV macam-macamla... ala mcm Pavilion la jugak. Tapi kat sini memang besar sangat.. Nampak macam dah malam kan? padahal kat Malaysia orang baru nak balik kerja. Ni pukul 430 petang ni.. lebih kurangla.

Yeay! Im here


Dalam perjalanan dari Ginza tu, ada sebuah bangunan mcm Istana reka bentuknya, rasanya hotel. Tapi tak pastilah sebab tulisannya Jepun.

Ni ha..

Ha.. dahh sampai jugak di Ginza City, macam biasa.. nak melintas kena beratur dulu ye.


Eiman dah mula dah buat muka mengantuk dan bosan..


Diantara lokasi yang kami singgah.. cuci mata je... tak beli pon.
Dalam perjalanan menuju ke bandar tu Eiman dah mula mengantuk balik.. adui.. tengokla tu dia mula gigit2 topi la.. nak susu nak tido balik la tu

Mummy.. susu please!

Dekat sinilah Eiman mengantuk sangat tak terbendung agaknya.. dia boleh mengamuk2 menjerit2.. sampai aku kena duduk tepi kedai ni tidokan dia. Haha.. memang menjadi tumpuan orang awam kejap.. biarlah asalkan Eiman tido. Pergh! Mencabar betul kalau bercuti dengan anak kecik ni.


Mercu tanda Ginza City ini adalah sebuah Bangunan yang ada Jam.. Jam jenama Seiko. Ha.. ramai pengunjung yang datang kat sini semata-mata nak bergambar dekat bangunan jam ni.. so kami pun bergambar jugakla.

Ni bangunan tu

Yeay Eiman dah tido.. Jom bergambar!
Aku suka betul gambar ni.. 

Mak, Kakak n Nurul


Tak ketinggalan, Eiman yang dah tido. haha

Dekat Ginza ni, ada butik UNIQLO yang setinggi 7 ke 8 ke 11 tingkat tah.. memang banyak giler pakaian dari baby ke kanak-kanak sampai ke mak bapak semua ada. Dan harga tak yah cakap.. memang murah berbanding KL la.. sempat rembat 2 ke 3 pasang tuk eiman.


Yeay.. pastu penat.. balikla.. malam ni penat sangat pulak rasanya.. so balik kami makan Maggi.. hihi..

Tips kalini:
  1. Pastikan minum air masak banyak2 sebab cuaca di sini sejuk dan kering. Nanti mudah batuk dan selsema.
  2. Untuk bayi, beri minum air masak secukupnya dan bawa bekalan biskut baby, sebab bila sejuk baby cepat lapar.
  3. Pastikan anda guna Roaming yang dicadangkan oleh network dr Malaysia. Nanti akan dapat msg pilihan internet network yang murah lebih kurang sehari RM 38.
  4. Total makan di kedai pakistan di akihabara tu dalam RM 180 untuk 5 dewasa.. Tq mak sebab belanja!
  5. Untuk mencari tempat tinggal di Airbnb seperti Nova sila daftar di sini ya : 

Ok tu je.. so Part 5 aku akn cerita kami ke Disneyland! Yehu!!!
Stay Tune!! Sekian.

Untuk baca 6 Part Berkenaan Percutian ke Tokyo sila Search TOKYO pada kotak search blog ini ye.