Monday, 23 December 2013

Bercuti ke Tokyo Jepun Part 2

Salam,
Hye, semangat rasanya hari ni nak share lagi cerita percutian aku ke Tokyo Jepun minggu sudah. Hari Pertama tiba malam kami terus tidur je la kan. Hari kedua bermulalah Episod Pengembaraan kami di sekitar Tokyo. Rancangan telah di atur sejak awal lagi. Kami nak melawat Bandar Shibuya dan Shinjuku yang merupakan diantara Bandar yang tersibuk di dunia.


Stefano si tuan rumah dengan baik hatinya telah mengajar kami cara-cara untuk menggunakan Train dan Interchange Train di Jepun. Semalam sebelum tidur dia dah tanya esok nak berjalan pukul berapa? Dengan selamba je cakap pukul 9.. lah sangat kan! Hamik, pukul 10 pagi baru turun tu pun tak mandi lagi. Lepas sembang2 dengan dia, dan dia pun siap mengajar.. kami pun gerak dari rumah sekitar pukul 11.30 pagi. 

Cuaca pagi tu sejuk giler sangat sangat sekitar 10 celcius. Malaysia kan 32 celcius, kitorang ni siap baju tebal macam nak main salji especially aku la. Si stefano tu rilek je seluar Track dengan selipar. Aku tanya dia "Kau tak sejuk ke Stefano?"... dengan selamba dia balas "Tak pun, aku dah biasa la. Bagi aku cuaca macam ni suam je".. haaa nampak tak?? nak je cakap pala hotak ni aku dah menggigil ni mcm dalam peti ais. hahha

Sepanjang perjalanan ini, kami akan banyak berjalan dan menggunakan Train. So aku kenalah buat persediaan mental dan fizikal... termasuk bersenam skit2 sebelum ke jepun. Takda la tercungap nanti. 

So, inilah Stefano, dia tunjukkan kami jalan ke Stesen terdekat iaitu Nishimagome (Asakusa Line) dalam 10 ke 15 minit berjalan. 

Ada beberapa kedai sekitar rumah kami tu... wah.. bestnya!!

Sempat candid gambar... Nurul (adik ipar aku), Stefano, dan Kakak aku
"Ko nampak kedai kuning tu? ha.. tu landmark sebelum kau pusing ya!" kata si Stefano.. haha macam dia cakap bahasa Melayu je kan.

Buat pertama kali naik train Asakusa Line Station Nishimagome

Di station keretapi

Sepanjang perjalanan tu, kebanyakannya kakak aku dan Nurul yang handle, itu termasukla bertanya arah jalan pada Pengawal Station di situ. Takpun  tanya pada sesiapa sahaja orang Jepun yang muda (kalau tua, lagi payah mereka tak paham English), pasti mereka akan rasa gembira untuk membantu. So destinasi Shibuya dan Shinjuku adalah Shopping Heaven, serius lagi murah dari branding name di Malaysia seperti H&M & Uniqlo.

Sampai sudah di Shibuya Station, Shinjuku area situ je.. berjalan kami pusing bandar...

Nak tahu apa yang menarik adalah, kepadatan penduduk yang teramat ... bila Traffic light hijau.. semua berpusu-pusu melintas.. wah.. mana datang semua orang ni??


Semua orang menunggu untuk melintas.. ha bagus betul semua orang displin kat sini.

Nampak tak orang di hujung sana dah ramai.. menunggu lampu hijau je

Penduduk Jepun sangat padat.. Husben aku cakap tempat ini diantara lokasi pengambaran Tokyo Drift.. oh yeke..

Ha.. tu cerita orang, perasan tak kenapa gambar dah malam? Kat sana pukul 4 dah malam dah.. 3 lebih dah mula gelap.. kami kan keluar pukul 12.. baru 4jam jalan dah malam. haha.. cuaca pun mula sejuk dan sejuk lagi...

So, ini pula diantara kedai yang kami lawati di Shibuya & Shinjuku.. Yeay!! Ah Jom!



Gambar kenangan kami di sini pulak 

Mak menunggu mereka bershopping di Uniqlo.. sempatlah kakak aku rembat 2 pasang seluar.. kataaanyer! murah dari Malaysia.

Kakak & Nova

Spot...ada 7 Eleven jugak

Bergambar bersama.. Eiman ko pandang mana tu nak?

Jalan jalan jalan jalan

Ececece Cewaah!

Nasibla dia baik je..sejuk agaknya

Mummy sempat bergambar di Monumen Train kat Shibuya.

Ehh nak jugak


So ada cerita ni, masa tengah khusyuk shopping tak hingat kat H&M. Seorang perempuan Jepun menyapa kakak aku.. "Cantik.. cantik!!" ehh boleh cakap Melayu. Dia kata dia pernah duduk Indonesia beberapa tahun.. waa.. happy .. sempat sembang tanya makan-makan mana yang halal.. erm.. :)


Ok.. tula dia.. memang betul2 cerita shopping  sekitar Shibuya dan Shinjuku. Balik tu kami masak kat rumah. Beli beras Jepun .. makanan macam Sardin, Kari Ayam dalam Tin, semua bawak dr Malaysia. Memang payah skit nak jumpa makanan Halal.

So, best tak?? Best tak? haha.. memang rasa nak pegi lagi sekali kalau ada rezeki.

Di habiskan dengan gambar The ladies


So Tips kali ni, aku share :
  1. Husben aku bawak kami ke kedai bundle kat Lorong Haji Taib, pilih yang cantik (aku punya Uniqlo & Elle McBee) Husben aku punya North West.. dalam lingkungan harga RM50 ke RM70. Hantar Dry Clean.. beres!! Kalau beli baru adalah dalan 2 ke 3 ratus.. alamak mahal la.. pakai kejap je.
  2. Makanan kami siap2 beli kat Pasaraya Malaysia, macam2 ada. Siap Kicap pun aku bawak sekali, Sardin, Maggi, Kari Ayam, Sotong Sambal.. semua dalam Tin.. letak dalam luggage la.. memang tak boleh hand Carry ye!
  3. Map Keretapi Jepun boleh download kat mana2 website... kalau nak suruh baca Map aku tak reti sebab kakak aku dgn Nurul yang figure out, aku dengan laki sbuk kendong anak je.. haha
Ok. Semoga anda terhibur sekian!

Untuk baca 6 Part Berkenaan Percutian ke Tokyo sila Search TOKYO pada kotak search blog ini ye.

Opss.. satu lagi hasil Tuaian kami di sana.. Yeay!!! Ni termasuk hadiah buat family di Malaysia.. cewah.. obersea lah sangat!



Ok tata babai

Akan bersambung Bercuti ke Tokyo Part 3 (Sensoji Temple & Nakamise Street)

Untuk baca 6 Part Berkenaan Percutian ke Tokyo sila Search TOKYO pada kotak search blog ini ye.