Posts

Showing posts from 2013

Bercuti ke Tokyo Jepun Part 3 (Sensoji Temple, Nakamise Street & Tokyo Tower)

Image
Salam,
Holla, hye semua. Selamat Bercuti bagi yang berada di rumah tu.. yang tengah melancong.. berhati-hati di jalan raya. So, harini aku nak sambung lagi cerita bercuti di Tokyo Part 3. Masih segar lagi di ingatan percutian kami minggu lalu. Pagi Selasa tu, cuaca tak berapa baik.. hujan turun sejak pagi hingga jam 12 tengah hari. Kami hampir-hampir mengalah untuk keluar rumah. Memandangkan cuaca terlalu sejuk dan dingin.

Oii mak sejuknya oii!!

Bercuti ke Tokyo Jepun Part 2

Image
Salam,
Hye, semangat rasanya hari ni nak share lagi cerita percutian aku ke Tokyo Jepun minggu sudah. Hari Pertama tiba malam kami terus tidur je la kan. Hari kedua bermulalah Episod Pengembaraan kami di sekitar Tokyo. Rancangan telah di atur sejak awal lagi. Kami nak melawat Bandar Shibuya dan Shinjuku yang merupakan diantara Bandar yang tersibuk di dunia.

Bercuti ke Tokyo Jepun Part 1

Image
Salam,
Alhamdulillah setelah seminggu baru la aku berkesempatan untuk mengemaskini Blog dengan cerita Trip ke Tokyo, Jepun. Sebelum tu Nova nak ucapkan terima kasih kerana sudi singgah sini lagi dan lagi dan lagi... Lokasi percutian kami kali ini adalah Negara Matahari Terbit atas tajaan sendirian berhad dan tidak menggunakan mana-mana package percutian. Kos sekitar RM4000 seorang termasuk penginapan, makan, Tiket Flight, Tambang Keretapi, Tiket Disneyworld dan Shopping.

HARI KELUARGA ICT

Image
Salam,
Harap aku masih tak terlewat nak update kisah 2 minggu sudah yang berlaku di Kelab Komuniti Cyberjaya. Serius, ini adalah kali pertama aku join Hari Keluarga jabatan walaupun dah 4 tahun kerja. erm.. dan aku juga telah melantik diri sendiri untuk mengelola kan acara Padang walaupun bukan kat padang tapi kat Foyer. hihi
Sambutan Hari Keluarga ni bermula jam 8 pagi dan habis dengan penyampaian hadiah jam 12.30 tengah hari dan makan. Bagi aku, happpyyy sangat sebab dapat buat budak-budak happy. Yang penting budak2 tu panggil aku kakak...kikikiki. Gambar memang tak dapat nak tangkap banyak sangat sebab aku Urusetia. Yang ni la ada dalam koleksi aku.
Disebabkan aku dah SPAM banyak gambar kat blog... so tak semua ada Caption... hihi Selamat menonton

Gelek ahh gelek..

Suntikan Influenza Untuk Bayi dan Ibu Bapa

Image
Salam,
Hye...harini aku nak share mengenai Suntikan Influenza. Ha.. Apakah? Apakah itu Influenza? Aku rasa terpanggil untuk menulis berkenaan wabak Influenza ini. Wabak ini berjangkit melalui udara. Ya! Hanya persekitaran sekeliling kita yang tercemar dengan virus ini, maka kita akan berisiko untuk mendapat Jangkitan Influenza. Ingat tak pada tahun 2010 tak silap, kita dikejutkan dengan kematian yang mendadak disebabkan Virus H1N1. Memang scary sangat sebab bilangan yang maut tak terkira banyaknya. Namun virus yang hampir dilupakan ini, masih aktif bergerak dan rakus mencari mangsa seterusnya. Maka,sebab itulah mereka yang ingin mengembara ke luar negara digalakkan dan dinasihatkan untuk mengambil suntikan Vaksin Influenza ini.
Ni buku Eiman.. dah update suntikan Influenza

Telinga Bayi Ku Keluar Nanah

Image
Salam,
Hye dah bertemu hari Jumaat balik dah kan.. cam.. "ehh, bukan haritu Jumaat ... ni dah Jumaat balik..." erm..
Ok, haritu aku pernah upload kat Facebook gambar Eiman di KPJ Ampang sebab telinga bernanah kan. Aku pun dah janji nak cerita. So, di suatu pagi Sabtu, aku dengan husben keluar minum di sebuah kedai makan nama Saleha area Pandan. Excited sangat sebab pertama kali kami bertiga naik motor pergi kedai. 
Masa tengah makan nasi lemak tu, suami aku terperasan  Suami : "Eh, apa yang kat telinga Eiman tu?" Aku : " Mana? ehh... apa ni, sambil ambil tisu lap cecair kekuningan di cuping telinga" .... "Ehh nanah ni bang!" Suami : "Betul ke?" Aku tunjukkan tisu lap tu.. Aku : "Abang, jom jom.. kita kena pergi Hospital sekarang.. dah dah cepat makan!"
Gambar masa sampai.. belum mandi.. menunggu GL lama sangat

Gambar Baby Eiman Yang Dapat Like Banyak Banyak Lemon di FB

Image
Salam, HYE.. Harini saya bertugas di Parlimen. Saya tengah sakit perut ni.. rasa krem ya ampun. sakit perut ni khas buat wanita.. hihi ok ok sakitnyaa...
Ok back to da story, nak share kat sini diantara gambar eiman yang dapat banyak like kat FB. Hihi walaupun takdala banyak tu mcm gambar Nora Danish ke Fasha Sandha ke yang like ribu2 tu... takat like tu banyak dr kebiasaan yang aku post di fb la kan kan.  :D
So, buat yang pernah like gambar Baby Eiman, TQ so much n please like banyak lagi k!!!! Tq again!

Enjoy Sakan di Kolam Renang Pusat Maritim Presint 5 Putrajaya

Image
Salam, Hye, Sabtu lepas family aku datang ke rumah kami di Putrajaya. Ada kenduri kahwin saudara, jadi menginap la di rumahku yang kupanggil "Rumahku Homestayku". haha Memang kecik tapak tangan Nyiru aku tadahkan. Lai Lai Lai... rumah aku tu memang selesa sebab akan nampak kemas sepanjang masa. Tak Yah susah susah... (aku kan duduk dengan mak mertua kat KL)
Dan memang kebiasaannya kalau Kakak aku datang, budak kecik Pika tu mesti nak main air. Masa nak bertolak dari rumah kampung, dia dah nak pakai Swimming Suit. haha buat lawak si Pika ni. Dah satu hal kena pujuk pakai Baju kurung, nak pergi kenduri kahwin kan.
Nak berenangnya Hari Ahad, tengok jam dah pukul 10.30. Whattt???? Dulu dah pernah terlepas mandi sebab lewat sampai. Presint 16 tutup kolamnya pukul 11 pagi. Cehh.. memang tak boleh masuk dah pun.. Habislah.. Kantoi. Mengamuk la si Pika tu nanti. tiba-tiba.. Tinggg!!!! idea. Teringat abang aku cakap dia selalu pergi Kolam dekat Pullman.
Rezeki betul, Kolam Putrajaya…

You Have A New Follower on Twitter

Image
Salam,
Quick Update..
"Eh betul ke? sambil gosok2 mata tenung lama-lama" Akaun fake ke? ....... lepas 5 minit.
Ok betul. Tak mimpi. hihi


happy la.

PENGORBANAN SEORANG IBU

Image
Salam,
Harini aku rasa ingin meluahkan sesuatu, entah kenapa terasa sebak je. Bila terkenangkan hampir satu tahun aku telah menjadi seorang ibu pada khalifah yang diamanahkan. Aduh..sekejapnya masa itu berlalu. ---------------
Setiap kali, kami bersiap kerja, terasa berat hati ini, melihat wajah si anak kecil itu. Terpaksa kami tinggalkan. Sayu.. apakan daya kuatkan hati demi membantu suami mencari nafkah. Kerja seorang manakan mampu menampung belanja seharian. Jadi suri rumah? Jauh di sudut hati kami, kami mahu mengasuh anak dengan tangan dua kerat ini agar dia sempurna dengan kasih sayang seorang ibu.
Setiap kali, kami di pejabat, tak pernah sekali kami lupakan si anak kecil itu. Bimbang.. bimbang...bimbang.. "Sudah makan kah?" "Tidur lena kah?" "Rindu pada ibu ayah kah?" ... Tapi dari mana kekuatan itu datang. Semangat seorang ibu memang tiada tolok bandingannya. Tak kan mampu diukur dengan apa-apa sekali pun.

TERIMA KASIH CHURP-CHURP!

Image
Salam,
Hye... entry lepas aku ada cerita berkenaan menang Contest Scarer Vs Squeaker kan.. jadi rasa tak sabar lah nak gi ambik hadiah. Memandangkan husben aku cuti kerja malam kami pun menerjahlah ke Office Churp2 dekat KL. Dah janji dengan staff Churp2 nak datang petang tu lewat sikit dalam 6.00 petang, seb baik KL tak jam. sampai dalam 6.15 gitew. 
So cerita dipendekkan.. isi borang.. dan tadaa!!!

Yeay boleh dating tengok wayang free sambil peluk patung burung warna biru sambil pakai topi bermata hantu! hihi

Menang Contest SCARER VS SQUEAKER BY CHURP2 dan GSC

Image
Salam,
Lately, memang aku agak rajin masuk pertandingan dari Nuffnang mahupun Churp2 ni. Kalini pertandingan Buat Muka Seram atau Buat Muka Penakut sempena hari #GSCHORRORFEST.

Isk Takkan nak masuk seorang je.. kena ajak laki aku ni
Aku:"Abang, Jom masuk pertandingan buat muka seram nak?" Husben: "Haa? muka seram apa pulak ni" Aku: "Contest dari Churp2! Hadiah dapat Premier Screening dengan Cap @ Umbrella dan Churpie Plushies" Husben: "Nak buat macam mana?" Aku: "Ala, abang buat camni je! (Harrr! sambil tayang gigi kerutkan muka) Husben: "Isk Abang tak reti la" Aku:"Tak kira! Buat jugak!" Husben: "Abang tak reti la" Aku:"Tak kira! Buat jugak!" Husben: "Abang tak reti!" Aku:"Tak kira! Buat jugak!!!!!!!!!!!!"
Ni la hasil paksaan aku:
"Abang, mana ada muka seram tengah senyum!"

Menyayat Hati: Perbualan Jururawat dan Pesakit - HIDUP DI ZAMAN IT

Salam, Semasa membaca inbox mail rasmi pejabat.. ada satu ni menarik perhatianku. Cerita mahupun nasihat mahupun perkongsian selalu ada di Inbox aku dan pengirimnya adalah Hajah Wan Som. Kawan pejabatku.
Jadi.. bila baca.. aku jadi sedih.. jadi malu... pastu rasa nak kongsi dengan kawan-kawan pulak..
Jom baca
Pohon baca sampai habis..semoga ada manafaat...PERINGATAN PADA DIRI KITA SEMUA ................. 
Pesakit: "Abang jururawat, best bekerja di hospital? Dah lama ke kerja sini?"
Abang misi: "Bolehlah. Nak kata best, ada juga stressnya. Tapi, selama 5 tahun kerja di sini, dapat banyak pengalaman yang bernilai yang orang luar di sana takkan dapat rasa."
Pesakit: "Apa yang best sangat tu? Nurse-nurse lawa-lawa eh?"
Abang misi: "Bukan. Tu tak best. Ada yang lagi best."
Pesakit: "Wah, apa dia?"
Abang misi: "Di sini setiap hari saya lihat pesakit meninggal dunia. Kerja saya uruskan kencing berak mereka, bersihkan mereka hinggalah ke…

Shopaholic Yang Tak Terkawal!

Image
Salam,
Ha.. meh sini nak nak cerita. Bulan ni ada sorang budak tu Shopping Sakan la hooi! Ko tak ingat ke gaji lambat lagi oooi! 
Tapi takperla.. dah beli pun kan. Takkan nak pulangkan balik kot kan. Lagipun ni untuk pakai bulan 12 nanti.. cehh sedapkan hati. kiki..
Nak usha tak apa aku beli??... i tahu u all pun nak tahu kan kan.. haa apalagi scroll la ke bawah yang!
ni topi snow tuk husben aku

Anak-anak dan Teknologi Canggih Masa Kini!

Image
Salam,
Hye semua, mekasih datang singgah sini lagi untuk kali ke tiga ratus empat puloh kali. hihi.. haa.. masihkah korang ingat masa kita kecik-kecik dulu? Mengimbau permainan zaman dulu-dulu sewaktu Samsung Tab, mahupun Iphone 5 mahupun Galaxy Note tiada lagi..

"Eiman Pun Nak Berkemas Jugak Mummy!"

Image
Salam, Kadang-kadang..bila hujung minggu aku dan suami balik ke kampungku di Tanjong Malim. Part berkemas memang serah kat aku... "itu kalau aku rajinla kan" hihi... kalau tak daddy la yang mengemas tapi lambat sikitla sebab suami aku ni detail orangnya. Bila nak letak baju dalam beg pun kena cantik cantik. Bukan nak tunjuk kat sapa pun, kita berdua je kot yang pakai. Kalau ikutkan aku campak2 je asalkan muat. haha.. nampak sangat beza perangai cam langit dan bumi. #makpemalas
Ok.. masa mengemas tu mesti lah sepah-sepahkan baju mana nak pakai baju mana tak nak pakai. Ha.. masa itu jugaklah Baby Eiman sesibuk je nak mengemas jugak. Isk budak ni, kita gi lipat dia ambik konyok2 kan.. kalau ada daddy dia takpela boleh tolong jaga eiman.. 
Sudah nya.. ni ha.. 
Kita sumbat dia dalam beg. kakakakakaka
Buku tetap di tangan... bagus bagus..
Ok tu la update perangai eiman tu..  k bai.

Tahniah Nuren & Mino Di Atas Kelahiran Baby Nathania Arzu

Image
Salam,
Minggu lepas aku berkesempatan untuk melawat kawan baikku Nuren yang telah selamat melahirkan bayi perempuan. Aku pun rasa excited sangat tak sabar nak jumpa baby yang selama ni duduk 9 bulan dalam perut tu. 
Bayi yang chomel tu diberi nama Nathania Arzu ... maksudnya Pemberian dari Tuhan/ Rezeki Allah.. 
Ha.. cantik betul namanya. Masa jumpa ni, Nathania dah 2 minggu lebih dah.. ni gambar Nathania yang sempat ku tangkap..
Manisnya alahai!

HARI PERSARAAN KAK JAH

Image
Salam,
Entri ini adalah khas buat mereka yang mengenali Kak Khatijah Binti Ali atau Kak Jah. Tanggal 31 Oktober 2013, Khamis merupakan hari terakhir kak jah bertugas di Pejabat. Jadi mereka meraikannya dengan sedikit jamuan dan acara potong kek harijadi. erm... sedapnya kek tu..

SAMSUNG GALAXY S4 ZOOM! cam cantek jer.. cam comel jer..

Image
Salam,
haa.. perasan tak.. semenjak dua ni gambar-gambar kat blog aku ni cam cantek jer.. cam cantek jer.. cam comel jer.. cam comel jer.. hahahaha!
Ini semua adalah penangan Samsung Galaxy S4 Zoom yang baru tu. hihihi.. Mula-mula tengok terus terbekenan.. nangis-nangis nak beli.. nak jugak nak jugak.. kesian husben aku pening satu hari tu..
Yang ni ha.. tapi aku punya color biru kehitaman..


MAKAN DI RESTORAN PADI HOUSE CYBERJAYA, DENGAN KAWAN-KAWAN PULAK

Image
Salam,
Haritu lepas melawat Kelab Komuniti Cyberjaya kami terus menuju ke Padi House Cyberjaya sebab perut dah berkeroncong-roncong. Masa tu dah pukul 3 petang. Uhh... lapaa...
Kalau nak lebih detail lokasi Padi House boleh tengok entri ni.
http://novaleeza.blogspot.com/2013/10/makan-kesedapan-di-padi-house-cyberjaya.html
Kali ni lebih syiok sebab keluar makan dengan kawan-kawan pulak... Shiful dan Kak Cah. Erm.. ni la dikongsikan makanan yang enak itu. Jom Jom..
SPAGHETTI WITH LAMB CUTLET & MIX VEGE RM 12.50

GO-KART NI SENANG JE RUPANYA!

Image
Salam,
Ha... harini aku nak kongsi pasal aktiviti meng-Go-Kart di Kelab Komuniti Cyberjaya. Nampak macam susah.. macam segan-segan, macam tak berani, tapi macam best! haa... kalau nak tahu senang sangat lah Go-Kart ni. Yang penting tak payah tunjuk LESEN MEMANDU! 
Senang tu maksudnya, kalau biasa bawak kereta.. petik jari je.. Kalau tak biasa.. ko tekan minyak.. kawal stereng.. kalau nak berhenti tekan brek. haa... nampak tak?? senang kan.. semudah Downy 1..2..3.
"Yang ni tangki minyak.. jangan sentuh sini panas aaaa"

NAK MAKAN SUSHI TAK?

Image
Salam,
Minggu lepas terasa sangat terliur nak makan Sushi. Laaaa maaaaa dah tak makan sushi.. lama lama lama sangat dah kot.. sebab masa mengandung setahun lepas memang tak makan sushi.. Ibu mengandung tidak digalakkan makan makanan yang tidak dimasak. Yerla takut ada bakteria shirota dalam makanan mentah tu terkena pada bayi dalam kandungan.. yang last sekali seingatnya makan kat Miyagi Bandar Baru Bangi.
entri bawah ni : http://novaleeza.blogspot.com/2012/06/restoran-miyagi-bandar-baru-bangi.html
Aku : "Abang jom makan sushi nak tak?" Husben : "Oh Jom!" Aku : "Yeay!! Sushi King"

Bayi Ku Demam Panas & Tips Kurangkan Panas Badan Anak

Image
Salam, Minggu ni aku tak dapat nak update hari-hari sebab Baby Eiman demam.. demam panas pulak tu. Pagi Hari Jumaat... aku dah rasa tak sedap hati sangat pagi tu.. siap mintak husben aku jaga Eiman instead hantar ke pengasuh. Husben aku cuti Jumaat tu.. tapi apakan daya, sebab permintaan aku tu cam tah hapa-hapa kan. Dah ada pengasuh tapi nak jaga sendiri pulak.. 
Tengah hari tu, husben aku ambik aku, lunch sama-sama.. aku rasa nak balik sangat-sangat jumpa eiman.. 
Aku :"Abang, jom balik, nak ambik eiman la.. kita bawak Putrajaya... pastu petang kita balikla Pandan. Camana?" Husben : "Ape benda merepek ni, takkan nak balik Pandan pastu Putrajaya pastu balik Pandan balik?... ulang alik tu.. abg nak sembahyang Jumaat lagi hari ni" Aku: "Ala.... nak Eiman!"
Masa ni doktor check Eiman demam 38.8 darjah celcius.

TUDUNG TERBARU DARI NOVA LEEZA

Image
Salam,
Hye... jumpa lagi hari ini.. harini saya nak promote tudung terbaru..  Tudung ini direka khas oleh saya sendiri...
marila tengok.. pasti anda tak sabar untuk membelinya...
klin selanjutnya kat bawah ni...

TURUNKAN BERAT BADAN

Image
Salam,
Yeay.. nak bagitahu ni...  Agak lama juga aku tak menimbang berat badan sebab takut naik tak turun-turun..  Semalam, masa appointment dengan Orthopedik Serdang, aku singgah menimbang..
Ya Allah... alhamdulillah... back to normal dah berat badanku seperti sebelum mengandung!  Yeay!!

Makan Satay Station di Kg. Pandan

Image
Salam, Minggu ni kami singgah di destinasi makanan yang bernama Satay Station. Haritu dah pernah cerita makan satay kan Station tapi kami beli bungkus je. Kali ni kami makan malam kat situ, tak jauh pun dari rumah mak mertuaku. Dalam 10 minit dah sampai dah. 
Satay kat sini memang terbaikla! Lazat dan sedap. Satay daging dia.. pergh!! Lembut giler tak liat langsung, senang je nak makan. Satay Station juga pernah diterjah oleh skuad JALAN-JALAN CARI MAKAN!!
Meh layan gambar makan. 
Nescafe dan Teh O

Gigi Ku Nan Sebatang

Image
Salam,
Ni la senyuman manis dan terbaru dari saya #babyeiman.  Gigi saya dah tumbuh kat bahagian atas. Saya sekarang dah pandai gigit mummy dan daddy... yeay.. Saya dah besar la. Tengokla gigi saya tue... hihi

DELIFRANCE AMPANG POINT

Image
Salam, Best tak aku cerita makan je berturut-turut. hihi entry ni dah jadi kepam kat Draft. Dari dia terus membusuk di situ baik aku Publish kan kat korang. At least dapat la korang meng air liurkan mulut membasahkan bebibir itu kan.. hii hii
Ni Spagetthi Jugak, beberapa minggu ni aku tak berapa selera nak makan nasi, so makan la Sepahgeti. 
Kedai yang ditujui adalah DeliFrance.. yang korang pun dah tahu sebab aku dah tarok kat Tajuk atas.. tapi takperla ulang dua tiga kali pun takpe, at least nampakla banyak sikit aku menaip. Kalau tempek gambar je banyak-banyak baik taruk kat Instagram je kan.. hii.. ok cukup panjang kot.

MAKAN KESEDAPAN DI PADI HOUSE CYBERJAYA

Image
Salam, Hello kepada semua pemakan yang berada di luar sana. Terima kasih sebab berkunjung semula ke sini. Korang memang terbaik la.. tengok statistik blog makin memberansangkan. Alhamdulillah. Akan lebih semangat untuk menulis sebab korang tak jemu2 lepak kat sini. hii hii
Ok.. kepada pemakan di luar sana yang suka makan, ada satu kedai makan yang best di Cyberjaya. Nama dia Padi House. Oh... nyum nyum... 
Alamat : Padi House  Block 3503, Jalan Teknokrat 5,  63000 Cyberjaya, Selangor D.E.
kredit gambar to 3-meals.com

Review Awesome #Churpout2013 Event!

Image
Salam, Seperti yang dijanjikan harini aku nak Review Event #Churpout2013 yang awesome di Setia City Mall, Shah Alam. Churpout2013 di buat pada hari Sabtu, bermula 11 tengah hari hingga 10 malam. Kitorang sampai pukul 12.00 tengah hari. Melilau jugak cari tempat sebab memang tak pernah pergi ke Setia City Mall pun. Nasibla ada Pak Google, sonang kojo!
Dalam review aku kali ini, aku akan buat CERITA BERGAMBAR ALA 2D kat korang sepanjang event tu. Cehh... kira macam pengembaraan #Churpout2013 versi blog. hihi Jom..
Ni masa mula-mula keluar Tol ke Setia City Mall, sempat snap satu gambar.. semangat betul!

Name Card sebagai Blogger

Image
Salam, Haye, buat apa tu? Dah makan ke? Arini aku kan pergi ke event #churpout2013, so aku pun register sekali as a media blogger untuk cover event @churp2 tu. Bestnya sebab dapat #churperplushie yang burung biru tu lg sebijik. Hihi Pastu kitorang pun tour the event dengan nuffnang staff sambil diberi penerangan dari satu booth ke satu booth yang lain.
Awesome kan, nanti aku buat rebiew k. Tengah kumpul gambar nak edit esok InsyaAllah aku hupdate blog k. Tapi yang tak bestnya aku tak bawak namecard aku.. dahla yang buat sendiri tu tertinggal kan.. isk isk.. Staff nuffnang Sue Anne mintak namecard pun tak dapat bagi. Sob sob.. petang tadi terus gi buat kat ampang point. Haa.. lega dah rasa... pasni tak susah dah hulur je..
Husben aku yang suruh buat sebab dia kata aku dh banyak gi event nuffnang. Hihi k tu je nak cakap. Sekian. Selamat malam.
Terasa betul pentingnya namecard ni.

Jemputan Menonton GSC Horror Fest di GSC 1 Utama

Image
Salam,
Hye.. haritu aku join contest Churp2 #GSCHORRORFEST.. untuk memenangi sepasang tiket menonton 3 cerita SHERAM! Ya tuan-tuan dan puan-puan 3 ye, secara beturut-turut mula jam 6 petang sampai 1.30 malam. Hamikkk!!!
Sheram ke tak sheram ni ha cerita yang akan ditayangkan di GSC 1 Utama

CHURPOUT 2013 Terhebat!

Image
Salam, Kepada churpers yang free hari Sabtu 19 Oktober 2013 ni, Jom ke #Churpout2013!! Jumpa Nova di sana ye. InsyaAllah saya akan berada di sana jam 11 pagi. Banyak giler aktiviti menarik seperti : Reverse Bungee Kite Flying Market Place Cheer Aces Performance Hanis Zalikha... yup! dan banyaakkkk lagi

Makan Tengah Hari di Old Town White Coffee

Image
Salam, Hye!! Wahh.... macam mana dengan raya korang? best tak?? Erm, dah masuk kerja ke belum? atau masih di rumah makan kuih raya lagi. Hari ni aku dah start kerja dah. Semangat pulak rasanya harini, maklumlah dah berapa hari tak pegang keyboard menaip kerja-kerja yang tertunggak di pejabat ni. 
Dessert Old Town White Coffee.. ice cream with red bean

SHOPPING BULAN OKTOBER 2013

Image
Salam,
Ha.. dalam kesibukan beraya ni aku dan suami sempat lagi shopping barang-barang keperluan Baby Eiman. Ohh.. memang mengejar masa sangat bulan ni, sebab husben aku bulan ni tak cuti hujung minggu, kena kerja pulak. So masa yang sempat tu lah pergi kedai membeli dan belah.
Nak tengok apa yang dibeli.. jom layan
Beg baru Eiman, ni memang dah wajib kena tukar sebab dah koyak rabak dah

SATU KALI MAKAN DUA KALI MAKAN TIGA KALI MAKAN, CHAKETEY SUBWAY

Image
Salam,
Ha, korang pernah dengar tak iklan Subway yang kat radio Era.fm tu, radio lain ada tak? ntahla sebab aku selalu dengar Era.fm je. Lagu dia lebih kurang camni : "Satu kali makan, dua kali makan, tiga kali makan.. chaketey Subway!" ... mamak yang nyanyi

Baby Eiman Vs Churpie Plushie

Image
Salam, Hai semua.. Nova nak ucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA PEMBACA SAYA SUKA BACA BLOG NOVA LEEZA!" Wahh esok raya la.. bestnya, tahun ni aku beraya di rumah mertuaku di Pandan. erm, korang beraya di mana? Semoga perjalanan pulang ke kampung selamat hendaknya ye.
Ok, ni nak cerita haritu aku masuk pertandingan yang Churp-churp buat di Blog nya : http://my.churpieblogs.com
Ni ha :

Baby Eiman Belajar Duduk Sendiri

Image
Salam,
Minggu ni genap lah umur Eiman 8 bulan. Pergh cepat dan pantasnya masa itu berlalu, masih teringat di kala Eiman masih bayi... betapa kecilnya dipangkuanku. Tidak pernah berenggang walaupun sekejap. Sekarang, semuanya dia nak buat sendiri. Jika dukung terlalu lama pun dia akan mintak diletakkan ke dalam walker mahupun di atas tilam, agaknya kalaula dia boleh cakap:  "Mummy, biar saya bergerak sendiri la, Mummy jangan risau sangat la!"...

Betul-Betul Yakin ke Cara Kita Mandi Wajib?

Salam, Ha, Salam Jumaat nampaknya berjumpa lagi kita di hari Jumaat. Alhamdulillah, Syukur. 
Ok, hari Jumaat ni aku nak berkongsi dengan hangpa "CARA MANDI WAJIB", ooohh, yela patut memang patutnya pun kita dah tahu cara mandi wajibkan sebab masa zaman sekolah-sekolah dulu ustazah atau ustaz dah ajar kan? 
Tapi, pernah tak rasa, "EH selama ni betul ke cara aku mandi wajib??" rasa nak selak buku agama tu memang ada, tapi asik tangguh tangguh takpun lupa haa.... disebabkan itu lah, harini aku nak kongsikan rakaman 30 minit Ustaz Don dengan Tajuk Cara Mandi Wajib.  Serius, lepas  je tengok video ni, aku rasa konfiden dan takdala rasa teragak-agak dah. Kalau korang pun ada rasa yang sama cam aku, jomla layan video ni.
Pesanan : Ustaz Don cakap tak payah kepak-kepak ponggong ye, duduk je terus hahahahaha! --> kalau nak tahu meh la layan video ni.

K salam.
Sekian.

Tidur dan Berdengkur Kuat

Image
Salam,
Hye semua pembaca yang ku sayang... watsap youall? ceh... yo yo! Harini aku nak berkongsi cerita pasal berdengkur. Mesti ramai yang ada kenalan yang mempunyai masalah ini kan. Tak kirala kawan ke, saudara ke, adik beradik ke, husben ke wife ke....


Obsesi Baru Pada Tupperware

Image
Salam, Harini nak sembang pasal obsesi aku yang terbaru iaitu pada jenama Tupperware. Ha, aku bukannya agen Tupperware tapi disebabkan kecomelan barang-barang baby jenama Tupperware ni, aku pun terpengaruhlah dengan mudah sekali. Wooot woot!

SUSU KAMBING KARIHOME STEP 2

Image
Salam, Nampaknya sejak aku berkongsi mengenai susu kambing Karihome, ramai yang PM dan bertanya macam-macam soalan berkenaan susu kambing ni. Boleh refer tulisan sebelum ni dengan serach Karihome pada blog ini ye. Ramai ibu-ibu yang risau untuk menentukan susu yang terbaik buat anak mereka. Aku paham tu, sebab aku pun rasa yang sama pada awalnya. Alhamdulillah Baby Eiman sesuai dengan susu ni.

Walaupun susu kambing Karihome ni memcecah perbelanjaan sekitar RM 450 hingga RM 500 SEBULAN untuk 10 tin! Aku dan husben pejam mata bayar je. Sebabnya kenapa pakai susu kambing, sebab aku tak dapat nak Breastfeed dia sepenuhnya sejak lahir disebabkan sakit belakang aku ni. eii berapa banyak sebab la.

Karihome Step 1

Terpengaruh Dengan Iklan Papa John's Pizza

Image
Salam,
Haaa... Aritu Nuffnang ada buat makan-makan dengan blogger-blogger Malaysia. Wow,wow bestnyerrr! Untuk mengambil bahagian, blogger perlu tangkap gambar dengan berpakaian hijau, merah dan putih. Kemudian post di Instagram dan tag Nuffnang. Kalau terpilih Nuffnang akan jemput untuk bersama-sama makan dengan bloggers di Papa John's. Mula-mula tu ada hati jugak nak menjoin kenn, tapi disebabkan keluarga aku nak datang minggu tu, tak dapat lah nak join.
Papa John's

Demam Mengganas Semula

Image
Salam,
Demam aritu dah kebah, malam tadi datang balik. Buat hal betullah. Rasa serba salah sangat terpaksa cuti. Di saat kerja perlu dilaksanakan. Ya Allah, sembuhkanlah aku sepenuhnya dari demam. Supaya dapat ku galas tanggungjawabku pada negara. Cewahh!#feelingaskar #demamberlarutan #doasembuh #tidurmembungkang

HOBI BAYI ADALAH MEMBACA BUKU

Image
Salam,
Perjalanan balik dari kampung ke Kuala Lumpur biasanya mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah. Ini adalah kali pertama Baby eiman duduk di dalam Car Seat sepanjang perjalanan. Kecik dulu bolehla di dukung dan di ikutkan je kerenahnya. Sekarang sudah hampir 10 kilogram. pergh!!! timbul urat muscle kalau sejam setengah pegang Baby Eiman yang tak boleh duduk diam diam.
Cehh, berkerut dahi tu... padahal buku pun baca terbalik

Deman Berjangkit Pada Daddy Eiman

Image
Salam,
Hai... Minggu ni aku balik kampungku. Patutnya, husben aku kena kerja Sabtu malam, tapi disebabkan dia demam terpaksalah MC. Itu pun ada hati jugak nak pergi kerja dengan badan panas kepala berat tu. Isk isk... Aku tahu rasanya camana sebab aku lah si pembawa demam tu. Haha kesian...


Kelebihan & Perkara Sunat Hari Jumaat

Image
Salam Jumaat, Syukur, sampai juga usia ke Jumaat minggu ini. aku ada sedikit perkongsian buat saudara-saudaraku di luar sana. Yela, usia dinihari begini, baru terkedek-kedek nak tambah ilmu. haha takpe pelan-pelan kayuh asalkan sentiasa berusaha kan kan. So, di hari yang baik ini aku nak kongsi dengan korang Perkara Sunat Yang Dilakukan Hari Jumaat (Penghulu Segala Hari).

1. Membersihkan Anggota Tubuh -  Seperti memotong kuku, misai, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu air-ari, menggosok gigi dan sebagainya

Potong kuku - Potong kuku Isnin, Khamis dan Jumaat adalah Sunnah.

gambar diambil dr Google

APABILA BABY EIMAN MENGUASAI KATIL SEPENUHNYA

Image
Salam,
Malam tadi eiman masih susah nak tidur sebab hidungnya yang masih tersumbat kerana selsema. Kesian dia. Kejap ke kiri kejap ke kanan. Isk isk.. susah sangat dia nak lena, tambah pula dengan batuk-batuk. Kesian jugak kat mak pak nya yang tak berapa nak lena tidur seminggu ni. Nanti aku cerita camana dia dapat batuk dan selsema tu.
So ini lah dia malam tadi... kejap kiri kejap kanan sampai satu katil dia punya.. mak pak jugak yang duduk bersempit. 
Letih sangat agaknya tido nganga nganga tu.
Doakan eiman cepat sembuh ye. Sekian.

Ustaz Don Daniyal - Anak Asset ke Syurga atau Neraka?

Salam,
Tazkirah Pagi yang menyentuh hati.. sob sob.. teringat kat Eiman.




MAJLIS MAKAN MALAM JABATAN KU

Image
Salam,
Hye.. malam ni aku update kan gambar-gambar sekitar Majlis Makan Malam Jabatan aku di Dynasty Hotel, Kuala Lumpur . Memang meriah lah sesangat malam tu, persembahan tip top tip top belaka.Yang istimewa adalah persembahan M. Daud Kilau punya adik lah. itu kali goyang kasi goyang kasi golek kasi golek baik punya. 
Lepastu, setiap tahun jamuan makan malam jabatan aku ni mesti ada acara cabutan bertuah. Tahun ni aku takda luck la. Tahun lepas merasa jugak.. hihi takpe kasi chance sama orang lain.

Diorang kata posing mengiring boleh nampak kurus... hihi.. kuros tak aku??

Meh layan meh...

DEMAM MASIH TAK KEBAH LAGI TAPI PERGI BERTUGAS DI PARLIMEN

Image
Salam, Pagi ni pergi jugak parlimen.  Duduk di Lobi Parlimen sambil dengar parlimen bersidang. Kelakar la jugak tengok ahli Parlimen ni bergaduh. lagi kelaka kot dari Karoot Komedia.

Ahli 1 : "cakap tak pakai otak! tu la main cakap je, inilah pembangkang!"
Ahli 2 : "Dia demam kot hari ini" ..... gaduh gaduh...

Ahli 1 : "Ok, saya jawab soalan tadi, kita kawan balik ye."

haha... camni pun ada.