Posts

Showing posts from 2012

Ujian Buat Aku Ketika Mengandung Anak Sulung

Image
Salam, buat diariku, sudah terlalu lama rasanya tidak mencoretkan apa2 di sini. Mendiamkan diri agak lama. Bukan melupakan dunia blog, keadaan ku yang betul2 tidak stabil tidak mengizinkan aku untuk bercerita. Ya Allah, bukan mudah dugaan yang kau beri, tapi syukur Alhamdulillah.. Kau tarik nikmat kesihatanku, tapi kau berikan aku keluarga yang sangat menyokongku untuk teruskan perjuangan yang hanya tinggal lebih kurang 4 bulan ini sebelum tarikh bersalin. Suami yang sangat2 memahamiku dan sentiasa bersama ketika aku susah dan senang, mak yang tidak henti2 memberikanku kata semangat dan menjaga ku di wad ketika cuti, ibu mertuaku yang ku anggap tak tumpah macam mak ku sendiri. Ayah mertuaku yang penyayang, nenek, kakak yang menjaga ku di wad dan adik2 ku juga. Alhamdulillah..

Syukur. Buat masa ni, ibu mertuaku yang menjagaku, betapa mulianya hati ibu mertuaku tak terucap di sini dgn kata2. Menitis air mata bila terkenang jasa ibu dan ayah. Bukan mudah untuk melahirkan insan yang bern…

BERBUKA DI GRAND CANYON, ALAMANDA

Image
Salam, Memang aku tak masak kat umah sejak mengandung ni, aku memang tak tahan bau goreng-goreng, belacan, ayam goreng rempah tambah2 yang kat Pasar Ramadhan tu kan.. aduh... kuatnya bau dia, menggigil lutut kalau tercium. hihi.. Selain itu, pagi-pagi je rasa sakit kepala, nak muntah. harap-harap cepat-cepatla sembuh dari Alahan ni. Alaaahaaaiiiii.... hihi
Eh terbecerita pasal diri sendiri lak, ha, minggu lepas gi IFTAR dengan kakak n husben yang tengah cuti, firkir punya fikir nak makan apala.. sebab bukannya semua kedai aku boleh masuk, ada yang bau masakan kuat sangat pun tak boleh. isk isk. Lalu terpancut keluar idea makan di Grand Canyon. Cewah.. baru dapat gaji kan, bleh la layan makan syiokk sikit. 
Restoran ni memang menjadi 1 of my Favourite sekarang sebab masakannya memang sedap je di mulutku. hihi Lagipun keadaaannya tak sesak sangat dan pelayannya banyak. Takla terpanggil-panggil sepolah dua belas lima ploh kali kali pun tak datang-datang jugak. Meh usha menu. Kalau terbe…

BERBUKA PUASA BERSAMA KAWAN-KAWAN DI PHA-PHA GARDEN, TAMAN MELAWATI

Image
Salam, Huh.. Perjalanan dari Putrajaya ke Melawati memakan dan membaham masa hampir 2 jam. Kesesakan lalulintas yang teramat sangat teruk sampai tak terkira berapa bijik kereta yang aku dah jumpa.. mula dengan 1, 2, 3, 4, 5... 99.... eh berapa tadi?... ok mula dengan 1 balik... sampaila aku ternampak bintang2 berterbangan di syiling kereta.. dan akhirnya hilang entah ke mana. haha...
Jam 6.50 petang,
Husben: BB, bangun.. dah sampaila..
Aku: Haaa?? (mamai la)
Husben: Bangun.. dah sampai dah...
Aku: Ala.. tanak bangunla.. 5 minit la..

Ha.. kau ingat tido kat rumah ke nak 5 minit, 5 minit ni? Hadoiiyaiii.. penatnya badan aku ni, tapi bila dah kurang mamai, teringat yang kita ni nak pergi makan makanan sedap-sedap dengan kawan-kawan.. Yeay! Jomla.. jomla bang kita gi berbuka! hihi.. sambil aku tersengeh kerang dan husben menggelengkan kepala.











hehe.. gambar penuh keluarga John n Shu takda dalam kamera ni, actually diorang pun ada kat meja hujung sekali dengan baby baru lahirnya..

Moral…

JOHOR PREMIUM OUTLET (JPO)

Image
Salam,
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan buat semua rakan-rakan sekalian. Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan di dalam bulan yg baik ini.
Ha.. Ni nk sambung cerita skit walaupun agak terlewat skitkan kan.. Masa aku balik dari Johor tu, kami sempat nyinggah di JPO di johor. Erm.. Ingat nk usha- usha je kan.. sebab dah berabih sakan dekat USS tu kan. Tapi, bila dah sampai, lain pulak jadinya. Mana tahan SALE giler giler punya la... Isk isk ingat nk lepak sejam.. Ter berjam-jam pulak.. Hihihhihi
Pastu dh tersedar sebenarnya nk datang kenduri kahwin si Hafiz kat Muar.. Hamik kul 5 petang jugak baru aku sampai. Nasib baikla si Hafiz ni tak kesah dan makanan pun masih ada.. Tahniah Hafiz, walaupun dah berminggu ko kawin.  Semoga cecepat dapat anak ye.
Buat semua rakan-rakan aku nasihatkan jangan pergi ke JPO ni sebab nanti korang tanak balik.. Hahaa.. Tempat ni memang berhantu.. SALE memang tahap babun. Serius. Pastu nk maklumat lanjut bleh layari » http://www.premiumoutlets.com.my/

Panduan ke Universal Studio Singapura (USS)

Image
Ha... memang duk terpikir bila nak update story ni.. dah berapa minggu delay ni. Ada sesuatu perkara yang telah berlaku dan menyebabkan aku tak berkesempitan untuk mengupdate. Nak tahu apa kenala baca sampai habis ye.. hihi
Ya, minggu lalu aku dan suami serta sanak saudara tercinta telah merancang satu percutian ke Universal Studio Singapura (USS). Ini adalah hasil INFLUENCE dari Kak Sha yang baru pulang dari sana. erm... memang aku ni cepat terpengaruh, tambah kalau ko cerita tu macam best giler la. Lagi satu sebab adalah kerana officemate aku kawin kat Muar Johor. Jadi, kami ni tidakla menyusun rancangan yang strategik, gamble je.. 
Oleh kerana aku dapati tak banyak info dari blog-blog cara terbaik untuk sampai ke USS, maka aku pun menulisla sedikit panduan ini bagi yang berminat dan merancang untuk ke USS.
1. DUIT  Pastikan duit simpanan anda cukup untuk ke Singapura. Kalau nak sedap belanja tak kurang dari RM1500. Tukaran dolar-ringgit adalah $10 dolar bersamaan RM25, so kalau bawak…