Posts

Showing posts from June, 2011

Cinta itu Milik Siapa?

Image
Salam, Cinta .. kenapa cinta? Cinta; yang dikasihi, yang disayangi, perasaan suka, Cinta pandang pertama, cinta sebelah, cinta monyet, cinta berahi
Manusia dilahirkan dengan perasaan cinta. Cinta pada Allah, cinta pada ibu, cinta pada bapa, cinta pada adik, kakak, abang, cinta pada kekasih. Cinta itu unik, tidak boleh dipegang, tidak boleh disentuh, tapi ia boleh di rasa dengan hati. Hebatnya cinta itu kerana Cinta tidak dapat dilihat tetapi Cinta mampu membuatkan manusia merasa sempurna merasa gembira, puas dan cinta juga mampu membuat hati jadi risau, sedih, putus asa dan hilang pertimbangan.
Setiap yang bernyawa pasti pernah merasa Cinta. Kadang-kadang cinta itu sakit sekali. Kadang-kadang cinta itu bahagia sekali. Aku juga akur, pernah merasa sakit, sakit yang teramat dalam seperti tidak mungkin ada ubatnya lagi. Tetapi Tuhan itu Maha Penyayang.. kesakitan itu akhirnya berlalu dengan masa.. Kemudian, cinta itu tiba lagi, mengetuk pintu.. cinta itu tiba lagi.. 
Bagi cinta yang ber…

REVIEW FILEM BLITZ

Image
Salam,
Minggu ni, aku ke panggung wayang lagi. terfikir sejenak kenapa dia panggil Panggung? kalau huruf A diantara P dan N ditukar jadi U.. isk .. oh no no no no... cut --------

BLITZ


Cerita dia sedap jugak, kisah pembunuhan anggota polis. Sebab pembunuhan adalah dendam pada anggota polis yang pernah tangkap dia. Cerita dia tak heavy sangat.. boleh layan dan tak boring. Tapi takdala action yang melampau macam kereta terbalik..helikopter terhempas mahupun kebolehan luar biasa untuk terbang tanpa sayap ke apa ke.. memang cerita logik.. macamana nak selesaikan kes pembunuhan. Itu la yang penting! memang flow cantik tapi tekejut skit2 tu adala. Cerita ni macam kat sebelah Britain sebab loghat dia lain skit.
sekarang tiba la masa untuk memberikan bintang.. aku bagi.. drum skit..
= 3 setengah bintang!! yey!!
sekian dari miss nova!

KOLAGEN??? Apa rahsianya?

Image
Salam, Anda tahu ke apa tu kolagen? memang pun selalu nampak kat kedai2 jualan produk kecantikan mesti ada botol yang tertera minuman kolagen, pati kolagen, shampoo kolagen.. dan macam2. Tapi tahukah anda apakah itu kolagen? cewah2 macam penjual jamu tak?
Meh review skit khasiat dan kebaikan kolagen, kalau cerita dari sudut sains : kolagen adalah struktur protein yang berfungsi sebagai perekat dalam badan dan  lebih kurang satu pertiga dari struktur protein badan adalah terdiri daripada kolagen? ha.. nganga tak?.. hehehe
Mudah cerita, kolagen adalah agen yang membantu untuk membina dan mengekalkan kulit untuk menjadi sentiasa nampak muda, berseri dan sihat.Korang mesti nak nampak muda selalu gitu kan? highlight skit. Kolagen membantu proses pertumbuhan sel, so bila kurangnya kolagen dalam badan maka kulit korang akan mula berkedut. Ini kerana makin kita berusia,maka kolagen dalam badan makin berkurangan. so apalagi kenala amik KOLA-AGEN tambahan...haha
Senang paham, senang cerita, ka…

Selamat Pengantin Baru buat Nuren dan Mino!!

Image
Salam

Nova : Babe.. macamana agaknya kalau kita dah kawin nanti kan? nanti ko bawak anak ko.. aku bawak anak aku..
Nuren : haha.. tula.. tak sangka kan.. kita dah besar dah nak kawin... lama babe kita kawan
Nova : erm.. tula.. =)

4 JUN 2011, Sabtu
Majlis Pernikahan Nuren dan Mino

Nova : Babe.. tahniah ko nak kawin lagi beberapa jam je
Nuren : haah babe.. aku takut la jugak..
Nova : Jangan takut.. aku ada.. lagipun harini hari bahagia ko babe..
Nuren : Thanks babe..

Satu pertemuan yang indah yang ditentukan olehNya, aku mengenalimu sejak kita dibangku sekolah.. Kita mula sekelas sejak darjah 4 sehingga sekarang masih tetap bersama... sentiasa ada di kala aku memerlukan mu. Thanks babe.. Im so happy 4 u! semoga berkekalan hingga ke anak cucu!! amin!





 sedihla pulak.. rindu pun ada..

ARNAB PELIHARAAN SAYA!!

Image
Salam, Sambil memblog sambil mendengar lagu jiwang pun best jugak.. Song by Maddie Jane, Jar of Hearts. Yes kelakuan buruk adalah suka dengar sesebuah lagu maka akan pusing lagu tu sampai beratus2 kali. Pernah masa zaman universiti dulu, aku dengar lagu yang digemari secara berulang (click repeat kat window player) selama seminggu. Budak bilik memprotes sehingga rasa nak muntah bila dengar lagu tu.. ahaha... best kan ada perangai camni sebab takan mudah jemu kalau dah suka sesuatu barang, lagu atau binatang =)
Oh ya, cerita pasal binatang ni, haritu aku ada menulis pasal tengah carik binatang peliharaan bukan? so, ada la seorang member aku masa zaman matrikulasi pulau pinang dulu, jejak kasihan bermula bila dia keje kat tempat kakak aku kerja. so dia adalah staf kat tempat kakak aku kerja di mana dulu aku pun pernah kerja sekejap kat tempat kakak aku kerja ni. Faham tak? tak faham takper, sebab aku pun kadanag2 berotak lembab. Senang cerita, aku berjumpa balik dengan Syahida ni, dia …

Review Filem Minggu ini

Image
Salam, hari ini adalah hari Juhmahat dan esok adalah hari Shabtu. Ini bermakna, esok adalah cuti umum.. Yahuuu!! gembiranya rasa hati bila boleh cuti2 malaysia nie. Sepanjang minggu ni boleh dikatakan kerja aku memang mengahadap panggung wayang.. Banyak jugak cerita yang aku dah tengok sepanjang minggu nie.. diantaranya adalah :

1. PRIEST
2. SUPER 8
3. GREEN LANTERN
4. FAST FURIOUS 5
5. PIRATES OF THE CARRIBEAN (yang tu dah review)
Kebanyakannya International Movie. Nak kata aku tak minat cerita Malaysia tak jugak sebab aku memang layan jugak cerita Melayu ni.. cuma tak berkesempatan lagi kot nak mengejar masa nak perabih tiket wayang nie. hehe meh aku nak komen satu-satu cerita yang aku tengok nie..

PRIEST
Cerita ni mengisahkan pasal PADERI di dunia ni merupakan penjaga kemanan yang dilantik berdasarkan bakat yang ada iaitu kemahiran berlawan dengan Pontinak.. Pontianak ni muka memang huduh sangat la tak macam cerita Twilight tu, memang hensem kalau nak gigit pun aku kira free la amik d…

Tengok Movie 3D Pirate ODC kat Wayang memang best!!

Image
Salam!!! Pekabar semua.. today is Monday dan Monday adalah hari yang kena tanamkan azam yang kuat untuk hapi sebab selalunya Monday memang hari yang tak ditunggu. Alah bukan aku sorang jerkan.. korang pun sama jugak. hehe.. jadi pagi2 kena buat rutin yang lain dari hari biasa dengan harapan agar diri akan berasa hapi jer! contohnya ialah setiap hari isnin saya akan tengok wayang.. atau setiap hari isnin saya akan masak muffin.. atau setiap hari isnin saya akan makan kat TGI Friday's walaupun dia cakap Friday jer boleh makan.. haha.. sangat memberangsangkan minda bukan?
Hari Jumaat..balik dari Kursus haritu memang rasa gembira sebab dapat tengok wayang dapat tengok bantal busuk.. oh yeah bebeh! gembira sekali dua kali tiga kali empat kali lima kali enam kali tujuh kali lapan kali sembilan kali dan sepuluh kali.. haha.. aku memang suka kali.
Selain itu hari Sabtu dan Ahad lepas juga adalah big day for my BFF, Nuren melangsungkan Perkahwinannya dengan pasangannya, Mino. So aku telah di…

Berkampung di Melaka sampai Jumaat nie

Image
Salam, Pernah tak dapat tugasan yang rasa tak nak buat 100%.. erm.. payoh sungguh la.. Bilo ado kijo nok buak kat pejabat, de de tu keno gi kijo lua..guano.. pehe dok? haha... dok pehe doh! aku pun dok pehe.. haha
Erm rasa berat sungguh la nak kena kemas2 barang untuk berangkat ke Melaka sebab aku masih lagi terasa penat drive jauh 2 hari lepas.. walaubagaimapun tetap aku kuatkan semangat untuk kemas baju walaupun bukan susah sangat nak kemas baju ni. Terasa baju yang nak kena angkat dan lipat dari almari macam batu 5 tan dan tangan macam kena parkinson terketar2 nak lipat. oh itu belum lagi nak pack barang2 mandian, barangan peribadi oh lala, make up lagi, tudung, baju jalan2, baju kerja,.. kasut dan beraneka jenis kueh lagi. tak pernah rasa sebegini malas untuk packing barang. Aku ni pulak memang jenis yang memerlukan masa yang lama untuk packing barang sebab tak nak apa2 barang tertinggal. oleh itu..aku nak ucap kat diri sendiri ~ Selamat Berkursus untuk diri sendiri! oh yeah beebeh…