Posts

Showing posts from February, 2011

Shopping di Mid Valley Yahuu!!

Image
Salam,

Harini aku sangat rasa gembira kerana Sabtu lepas aku telah membelanjakan wang pergi Mid Valley untuk shopping bersama-sama kakak. Disebabkan Body Shop tengah ada promotion sehingga 30% untuk member, maka peluang sebegini tidak patut dan tidak sama sekali patut dilepaskan. haha betul tak??
Walaupun setiap hujung bulan berazam kuat kuat untuk simpan duit.. tapi mesti lupa daratan bila nampak duit gaji dah masuk dalam bank.. OH! mata jadi bling2.. semua barang nampak macam keperluan bukan lagi kehendak. Ya, aku rasa aku perlukan pertolongan. tulun tulun.. aku masih tengah fikirkan cara untuk shopping banyak2 tapi duit gaji dalam bank tak kurang2 .. aku rasa apa yang aku perlukan adalah seekor doremon. haha..
Tapi apa pun yang penting barang sudah dibeli dan hati patut rasa gembira.. Banyak jugak aku shopping barang lain bulan ni.. erm.. mesti sakit hujung bulan. tapi bulan ni Februari sampai 28 je.. so mesti boleh survive. haha kena fikir positif... takpun kena fikir Plan B. erm.. …

Aku suka tuala wanita Sofy

Image
Salam
Pagi tadi masa nak keluar mid valey sepupu aku cal, "weh,napa muka kamu ada dalam iklan harian metro?"
"Hehe yeke,haha" terkejut jugak tapi aku tahu napa leh ada gambar aku.. gambar Nuren pun ada.. cube carik yang mana.. haha happy2 walaupun gambarnya kicik jer.. tapi ada 2 keping tau.. hehe

Tuala wanita SOFY memang best dan aku dah pakai jenama sofy sejak dulu dulo lagi. Sekarang  SOFY tengah buat contest "SHINE WITH SOFY".. Lumayan hadiahnya beb! Jom masuk ramai2!

P/s: Nuren, glamer kita.
Sekian 

Mari membuat lawatan ke pusat data JPA

Image
Salam,
Harini kami semua akan bertolak ke pusat data jpa. Naik bus INTAN. So pg2 sampai terus gerak ke sana tak sempat makan pg td bangun lambat.hehe

Nasib baik perot tak meragam dlm bus. Sampai kt jpa mereka bg mam nasi goreng yahu!

Siapa cakap aku xsuke pergi kelas?

Image
Salam, Mulai hari ini sila panggil saya anak murid sb minggu ini saya telah mendaftar kelas di intan bukit kiara. whooahaa! Owh hari petama semalam rasa otak dah beku sejak sekian lama tak sumbat2 dgn nota slide powerpoint. 
Hari kedua, kepala rasa lebih ringan sebab semalam dah practice sumbat sampai ke petang.. tp masih ada masalah lagi.. masalah tangan gatal serve tenet time lecturer kat depan. Tp bila dia panggil nama suruh jawab soalan terus menggelabah mcm labah2. Haha

anak murid  tengokla meja sepah2..haha
Nanti saya update lagi. Takut lecturer nampak ni.. owh takut..
Sekian

Hari Hari Mahu Kerja Mahu Kerja Hari Hari

Image
Salam,

Nampaknya dah seminggu tak sempat nak update blog ni. patutla nampak macam dah bersawang tarantula, nampak macam ganas sikit. Jam menunjukkan tepat Pukul 7.27 malam Jumaat aku masih lagi di pejabat membuat kerja2 yang sepatutnya aku kerjakan. Kalau orang lain boleh duduk baring dekat katil yang empuk sambil minum air yougurt perasa strawberry, aku hanya boleh duduk dekat kerusi yang tak berapa nak empuk sambil mengadap PC. Ohh...

Esok hari sabtu, kemudian ahad.. kena pergi kerja juga.. pagi2 perlu tercogok depan pejabat buat2 macam sibuk sebab kalau buat2 macam tak sibuk nanti orang ingat kita gila sebab datang kerja hari cuti. Tapi ada ke orang yang nampak kita kat pejabat nanti.. ahh... takda..

Perut rasa lapardah.. bunyi macam orang  ketuk tong dram, pernah sekali dulu masa belajar, kita bangun lewat dan kita telah sampai lewat ke kelas. Kemudian terus amik tempat kosong yang masih ada. Belakang kita semua budak2 lelaki yang nakal masa tue. Sekarang mereka semua sudah kawin…

Masa aku tengah bosan gler xda apa nk buat

Image
Salam,
Quick update. Ya! Saya tengah bosan sb xda sapa nk ajak saya keluar. Kakak telah tinggali saya! Saya main makeup dan pose mcm di sebelah. Selepas ini saya mahu basuh kaki dan tidur selepas penat bermain. Sekian

Kalau Tak Reti Guna GPS, Pakai PAPAGO pon Sesat Jugak!!

Image
Salam,

Kakak : "Nanti ahad ni u teman i pergi kenduri kawin kat Dewan Merak Kayangan k"
Me : "Erm.. baik"

Hari Ahad yang dinanti;

Kakak : "Nak Set apa yer? erm.. nak cari tempat tu guna GPS dekat kawasan mana?"
Me : "Cari kat POI kot (Point of Interest), Amik kawasan Kuala Lumpur"
Kakak : "Erm.. tak jumpa pun"
Me : "Boleh tak ni?"
Kakak : "Ha.. Merak Kayangan Court kan? .. ok dah"

GPS pun mula memberikan arahan.

Kakak : "Eh betul ke ni.. napa kawasan ni macam takda orang je, siap sunyi tak nampak dewan pun"
GPS: "Anda sudah tiba di destinasi"
Me : "Alamak, kakak, salah set la.. ini Apartment Merak Kayangan !!! Kita bukan nak pergi main tenis.. kita nak gi kenduriii!! Salah tema baju daaaa"
Kakak : "isk bodoh betullah" <-- habis geram la tue.. haha

Kena patah balik hampir 30 minit !!! Arghhh!! Laparrrr... nak dekat pukul 3 petang dah nie!!

...hahaha makan angin sampai buncit la jawabny…

Krisis di Mesir Buat Aku Rasa Sedih

Image
Salam, Malam2 begini merupakan waktu yang baik untuk mencari ketenangan kan. Tapi bila fikir pasal student atau working people di Mesir pasti keluarga dan saudara mara tidak akan tenang! Mengenang nasib anak, abang, suami, rakan dsb. Ya Allah, selamatkanlah mereka yang berada di sana agar dapat pulang dengan selamat. Aminnn...
Masa blogwalking ada terbaca post seorang student Mesir dari blog ariffshah, bila baca.. menyayat hati..
"Salam 1st of all,i would like to thnx to those yg memahami kami dan sentiasa meng’update’ cerita dan perkembangn kami di mesir.. saya,student tahun 4 UNIVERSITI KAHERAh..dan menetap di kawasan SAYEDA ZAINAB,KAHERAH.and for ur info..SAYEDA ZAINAB merupakan antara kawasan yg pling teruk diserang dan dijadikan tempat demonstrasi besar2an selain drp TAHRIR,ABOU RISH dan SAAD ZAGHLOUL.. Dari 25hb Jan 2011;hari polis semesir..saya dan rakan ke TAHRIR utk mmbeli beg.Sampai shj di tahrir,kami dipesan oleh jurujual,”selepas kamu beli ni,balik rumah,i’allah kamu akan…