Tuesday, 12 December 2017

Aroma Garden Wellness Centre Terapi Semulajadi dengan Madu Tulen

Salam, 
Holla semua. Tak sangka Nova berpeluang untuk memanjakan diri di Aroma Garden Wellness Centre yang terletak di SS2, Petaling Jaya. Kalau nak tahu Aroma Garden Wellness Centre ni baru je beroperasi dalam 2 bulan lebih. Konsepnya adalah alam semulajadi, dari hiasan dalaman hingga penggunaan produknya. Secara khususnya produk yang digunakan adalah berasaskan madu. Yes honey 🐝🍯. Semua orang tahu kebaikan madu baik dari segi dalaman mahupun luaran dan kalau nak tahu Aroma Garden Wellness Centre ni adalah pusat kecantikan dan penjagaan kesihatan yang pertama di Malaysia menggunakan konsep semulajadi yang berasaskan penggunaan madu. Bukan itu sahaja tau, harga yang ditawarkan pun tak masuk akal. Selalunya apa-apa sahaja yang semulajadi mesti mahal giler kan.. tapi kat sini, harga yang ditawarkan memang sangat-sangat affordable, berpatutan. Nova akan ceritakan dengan lebih lanjut berkenaan pakej dan rawatan yang ada serta pengalaman Nova sendiri selama 5 jam berada di sini. 💌

Jom masuk!.....

Monday, 11 December 2017

Resepi Spaghetti Bolognese Meatballs Paling Senang Dalam Dunia

Salam,
Holla semua, harini Nova nak share resepi masakan spaghetti bolognese meatballs yang paling senang mudah dah dah dalam dunia. Campak-campak je siap sudah.. haa.. tak caya cubalah nanti. Lagipun aku letak kat sini supaya aku boleh ingat resepi masakan aku. Aku ni penyanyuk sikit... dah lama tak masak nanti lupa mak datuk.. So terus je ke bahan-bahannya...😃 hehe

Lapa pulak aku tengok benda alah ni.. aish!

Thursday, 23 November 2017

Cara Mengekalkan Kesihatan Tulang, Sendi, Kardiovaskular dan Mengawal Kolestrol

Salam,
Holla kawan-kawan semua? Nampaknya musim cuti sekolah ni ramai yang telah mengambil peluang pergi bercuti bersama keluarga. Wah.. seronoknya tengok korang pergi merata-rata tempat. Tapi.. bercuti tu.. bercuti lah jugak kan, kesihatan jangan pula dilupakan ye. Kena ingatlah selalu minum air dengan cukup, makan banyak sayur dan buah serta tidur pun kena cukup juga tau. Bercerita tentang penjagaan kesihatan ni, Nova ada mengamalkan makanan tambahan, Botanic Health yang memfokus untuk mengekalkan kesihatan tulang, sendi, kardiovaskular, mengawal kolestrol dan memberikan tenaga. ha.. kalau nak tahu, ia adalah makanan tambahan untuk menambah kalsium, meningkatkan kepadatan tulang serta menggalakkan kesihatan tulang, membaiki tulang rawan serta menambahkan kolagen. ha.. banyak betul kebaikannya. 

Sunday, 19 November 2017

Feri Ke Pulau Pangkor Dari Marina Island, 10 Minit Sahaja

Salam,
Teringat masa kecik-kecik dulu, arwah abah selalu bawak kami ke Pulau Pangkor. Setiap kali ke Pulau Pangkor mesti excited sangat naik feri Lumut. Kiranya memang pulau ni boleh dikatakan tempat percutian keluarga kami dan sentiasa dekat di hati. Namun... sejak arwah abah dah tiada, kami pun dah lama tak ke Pulau Pangkor. But.. tahun ni, Alhamdulillah sampaijugak aku dan keluarga sekali lagi di sini. Giler banyak perubahan kat Lumut, Pangkor ni semua lah! Rumah naik bersepah-sepah sampai dah cam tak cam sangat dah jalan ke sini. But! Yang paling menariknya, nak ke Pulau Pangkor cuma naik feri dalam 10 minit je. hahahahahahahahahahahahahaha 

Monday, 13 November 2017

Review : Mengekalkan Kelembapan Kulit Dengan Losyen Haruman Badan Dari Enchanteur

Salam,
Holla semua. Lama menghilang bukan daku patah semangat untuk menulis. Daku cuma tidak dapat mencari masa untuk menulis dek kerana membantu suami yang tengah part time study dan keperluan untuk bergomol dengan adik Fatimah dan abang Eiman disamping membuat kerja-kerja mengemas rumah dan bercucuk tanam. hahaha selalunya aku akan menulis blog selepas anak-anak tidur. Masa tu sunyi sepi je laju idea tu mengalit. Tapi, memandangkan aku ni dah tua kan, hahaha bila aku tidurkan adik Fatimah, aku pun terlajak tidur sama. Tengokla nanti adik dah besar sikit macam eiman aku boleh memberi fokus yang padu pada blog. So berbalik pada cerita kita hari ni, si nak cakap ni. Kulit ai selalu kering, dahlah pemalas yakmat nak minum air, pastu malas pulak nak pakai pelembap kulit. So tak payahlah nak blame sesiapa, salahkan diri sendiri. haha

Tapi sekarang, aku dah mula rajin pakai losyen badan. Nak tahu kenapa? Sebab bau losyen ni best. Sebab peckaging dia lawa. sebab kesedaran telah datang apabila usia semakin meningkat naik. hehe Kalau tak rajin teruklah nanti kulit sendiri. kan kan. Packaging lawa dan bau best yang ai maksudkan adalah tidak lain tidak bukan semestinya Losyen Enchanteur 24H Moist yang berbau harum semerbak ulalalalala.

Wednesday, 18 October 2017

Review: Nutox Renewing Range Tiada Lagi Kulit Kusam

Salam,
Holla. Terimbau kenangan 3 tahun lepas, masa tu aku tak pandai lagi bersolek-solek ni. Yang biasa-biasa je pandai. Setakat foundation, eyeshadow, lipstik dengan blusher. Lagipun masa tu tak banyak lagi video tutorial ke live makeup ke apa. Cuma pepandaila nak pakai. Ada satu tempoh ni, masa eiman baby lagi, aku memang serabai sakai. Pakai baju sama je bila keluar dengan husband, takda makeup ke bedak ke, muka memang pucat je macam mayat dengan eyebag segala bagai. Beberapa kali husband aku tegur suruh aku "letak la bedak sikit sayang, pakaila lipstik sikit yang". Bukan tu je, dia siap complain suruh aku pakai baju yang elok sikit. Keluar jugakla dari mulut dia cakap aku ni dah macam makcik-makcik. Huh! Sentap mak! Bukan sekali tau dia kata aku macam makcik-makcik. Aku pun masa tu rasa malas nak layan dia. Biar jela ko nak cakap aku apa. Masa tu la. Kalau ikutkan aku jadi serabai sampaila aku mengandung kali kedua dan bersalin Fatimah. Tahun 2016 la. Ntahla aku pun tak tahu kenapa aku jadi selekeh camtu. Alasan yang aku bagi "hormon anak lelaki banyak dalam badan". haha

Muka saya tanpa makeup

Monday, 25 September 2017

Resepi Puding Mangga BRAND'S® Innershine® Prune Essence

Salam,
Hola semua, siapa suka makan dessert tapi tak pandai nak buat? Angkat tangan please! hahaha.. same goes here. Babe... ni sumpah pertama kali aku buat dessert weh. Aku ingat macam hawok la nanti jadinya. Tapi apa salahnya.. tak cuba tak tahu kan. Dan.. dengan resepi mudah ringkas zap zap zap aku ni.. tak sangka.. semua orang kata sedap! SEDAP ok! SEDAP!.. hahahahaha gelak macam ahli sihir. Dahla pakai yang dah tersedia ada je.. tambah itu ini je.. pergh tak sangka aku ni ada bakat masak rupanya. wakakakaka

Resepi meletop leleh2 kali ni aku pakai BRAND'S® Innershine® Prune Essence

Sunday, 24 September 2017

Resepi Ayam Panggang Berkuah BRAND'S® Essence of Chicken with Tangkwei

Salam,
Holla semua. Ha.. harini Nova ada satu resepi menarik yang nak dikongsi dengan korang semua. Nama resepi Nova adalah Ayam Panggang Berkuah BRAND'S® Essence of Chicken with Tangkwei. Huh.. panjang tak? hehehe Pertama sekali Nova pakai BRAND'S® Essence of Chicken with Tangkwei ni sebab produk ini khas untuk wanita yang selalu mengalami masalah semasa datang bulan. Mana yang selalu sengggut ke, cramp perut ke, tak lancar ke.. boleh cuba BRAND'S® Essence of Chicken with Tangkwei ni. Bukan sahaja ia membantu anda semasa ada datang bulan, malah ia juga memberi tenaga dan maintain kan performace anda. ha.. Nova dah cuba dah produk ni.. memang sangat membantu Nova untuk mengekalkan tenaga sepanjang hari. Huh tak sangka jugak, selalunya kalau period ni, muka Nova akan bengkak.. badan letih je, takda mood.. kan kan. Tapi dengan mengamalkan BRAND'S® Essence of Chicken with Tangkwei ni Nova jadi power pulak. hehehehe So, nak minum produk ni eloknya selepas korang datang bulan... hasilnya tengokla nanti masa datang bulan.. bulan depan. ok So berbalik pada resepi, jom layan..

Terbaek!

Friday, 22 September 2017

Aduan Harga Tidak Munasabah ke KPDNKK dengan Aplikasi EZ ADU

Salam,
Pada suatu pagi, seperti hari-hari yang biasa aku dan kawan-kawan akan bersarapan bersama di pantri pejabat. Ada yang bawa bekal, ada yang beli di kafe, ada yang beli di luar.. ada rezeki lebih kami akan kongsi bersama. Kadang-kadang tu, ada juga aku masak lebih untuk kongsi dengan kawan-kawan...dan cerita yang aku nak cerita ni.. Pada satu pagi, kawan aku namanya A (bukan nama sebenar), masuk ke pantri dengan muka tak puas hati dia berkata. "Tahu tak, berapa harga air teh bungkus ni?".. Setahu aku kedai air yang dia selalu beli tu akan charge dalam 1.40 sebungkus. Tapi, pagi tadi masa aku tengok, kedai air abang tu tutup. So mesti A beli dekat kedai air yang mahal tu. hehe. "2.00?" kata ku. "Tak!" kata si A. "Kedai hujung (mahal) tu kan selalunya bugkus air sikit je kan, jadi saya suruh buat 2 bungkus penuh, masa nak bayar tu, dia kata,"dik, ni akak charge 3 kali la sebab penuh ni"....terkejut saya dibuatnya." kata si A. Ini bermakna dia kena bayar RM 4.50 bagi sebungkus air penuh darab 2 sama dengan Rm 9. Wow!! Air apakah yang mahal sangat ni? Letak ayam ke kat dalam? ha.. kan. Kenapa charge mahal sangat? Kenapa kedai abang biasa tu hanya charge 1.40 bagi sebungkus air penuh?

Korang pernah rasa? Tak puas hati kenapa boleh charge melampau? Habistu nak buat apa? Takkan nak diam je. Nak mengadu kat siapa? ..... meh aku cerita apa yang korang boleh buat sebagai pengguna. 

Pernah dengar aplikasi EZ ADU KPDNKK?